PRESIDEN Rusia Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Khabib Nurmagomedov susulan kejayaannya mempertahankan kejuaraan lightweight UFC, Ahad lalu.
Dalam aksi tersebut, Khabib selaku penyandang gelaran lightweight menumpaskan juara interim lightweight, Dustin Poirier dari Amerika Syatikat menerusi ‘submission’ pada pusingan ketiga.
Putin menzahirkan ucapan tersebut ketika mengadakan lawatan kerja ke daerah persekutuan milik Rusia, Dagestan pada Khamis.
Semasa lawatan, Putin sempat bertemu Khabib dan bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Republik Dagestan, Vladimir Vasilev.
BACA: Khabib tumpaskan Poirier, kekalkan kejuaraan lightweight UFC
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda. Ia adalah pertarungan yang baik dan menentang pesaing yang kuat.
"Kuncian yang anda lakukan sangat baik, ia sangat teknikal,” katanya seperti dipetik portal GenFight.com.
Khabib yang memberi kepada Putin, mengakui Poirier seorang petarung yang hebat selain menghormati pihak lawannya.
“Ya lawan saya memang kuat dan dihormati. Kali ini saya (juga) bertarung dengan petarung yang menghormati saya,” katanya.
Khabib dipercayai membandingkan pertarungan tersebut dengan pertarungannya yang lepas antara Conor McGregor pada Oktober tahun lalu yang dicemari insiden buruk.
Khabib pada Ahad lalu berjaya mengekalkan takhta kejuaraan dunia lightweight UFC selepas menewaskan Poirier dalam acara UFC 242 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Keputusan itu sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib kepada 28 kemenangan tanpa kalah.
Haider Yutim
Fri Sep 13 2019
Putin (kiri) dan Ketua Republik Dagestan, Vladimir Vasilev bersama Khabib dan bapanya Abdulmanap (kanan). - Foto REUTERS
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
'Semua di dunia ini hanya sementara' - Khabib kenang pemergian arwah bapanya
Khabib memuat naik posting di Instagram sempena setahun pemergian bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov.
McGregor puji persembahan Khabib... zahirkan takziah, penghormatan kepada keluarganya
Berita mengenai persaraan juara lightweight UFC Khabib Nurmagomedov tentunya mengejutkan ramai peminat terutama peminat sukan tempur.
Bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia
Abdulmanap merupakan antara individu yang bertanggungjawab melatih Khabib sejak kecil sehingga anaknya kini bergelar juara lightweight UFC.
'Ya Allah, kembalikanlah dia kepada kami' - Khabib sahkan bapa kritikal akibat COVID-19
Khabar angin berhubung keadaan kesihatan bapa kepada bintang UFC Khabib Nurmagomedov akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan bahawa bapanya menderita dengan jangkitan COVID-19.
McGregor doakan bapa Khabib segera sembuh
McGregor merupakan antara yang terawal mendoakan kesembuhan Abdulmanap Nurmagomedov.
Bapa Khabib dilaporkan kritikal, koma akibat pneumonia
Abdulmanap Nurmagomedov, iaitu bapa kepada bintang UFC Khabib Nurmagomedov dilaporkan sedang kritikal dan koma akibat jangkitan paru-paru (pneumonia).
Khabib hanya terima 'rematch' dengan McGregor jika UFC bayar AS$100 juta
Peminat MMA mungkin akan dapat melihat sekali lagi pertembungan di antara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor, dengan syarat UFC membayar Khabib AS$100 juta.
Vladimir Putin ucap tahniah kepada Khabib atas kejayaan di UFC 242
Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Khabib Nurmagomedov susulan kejayaannya mempertahankan kejuaraan lightweight UFC, Ahad lalu.
Di usia 56 tahun, bapa Khabib masih mampu 'tumbangkan' anaknya
Walaupun sudah berusia, bapa kepada juara lightweight dunia UFC Khabib Nurmagomedov, dilihat masih mampu menandingi kekuatan anaknya itu.
Ramadan waktu 'berehat', Khabib kembali aktif September nanti
Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov merancang untuk kekal aktif selepas ini, menurut ejen petarung dari Rusia itu, Ali Abdelaziz.