SUKAN
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Perlawanan peringkat kumpulan Finland seterusnya dijadual menentang Amerika Syarikat pada Sabtu. - Facebook Olympic Winter Games Milano Cortino 2026
MILAN: Perlawanan pembukaan hoki ais wanita Olimpik Finland ditangguhkan selama seminggu susulan penularan wabak norovirus dalam pasukan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perlawanan menentang Kanada kini akan berlangsung pada Khamis depan di Milan, menurut penganjur Olimpik dalam satu kenyataan.
"Walaupun semua pihak berkepentingan menyedari kekecewaan akibat perlawanan tidak dapat berlangsung mengikut jadual asal, keputusan ini adalah wajar dan perlu, serta mencerminkan semangat Sukan Olimpik dan integriti pertandingan," menurut kenyataan itu.
Semasa sesi latihan pada Khamis, Finland hanya mempunyai 10 pemain yang tersedia, termasuk dua penjaga gol. Seramai 13 pemain lain berada dalam pengasingan, kata jurucakap pasukan itu. Peraturan menetapkan sekurang-kurangnya 17 pemain cergas diperlukan untuk setiap perlawanan.
Doktor pasukan Maarit Valtonen berkata wabak itu berpunca daripada norovirus yang sangat mudah berjangkit dan menyebabkan muntah serta cirit-birit secara tiba-tiba dan teruk.
Virus itu boleh merebak melalui sentuhan antara individu atau melalui makanan dan air yang tercemar.
Semua bilik pasukan di perkampungan Olimpik dan di gelanggang ais sedang dinyahkuman bagi mencegah penularan penyakit. Semua bentuk kontak turut dielakkan.
Perlawanan peringkat kumpulan Finland seterusnya dijadualkan menentang Amerika Syarikat pada Sabtu.
-- BERNAMA