[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
SPORTS

WAFCON: Afrika Selatan raih gelaran pertama selepas tewaskan Maghribi

Astro Arena 25/07/2022 | 01:00 MYT
Pemain Afrika Selatan meraikan kemenangan menewaskan Maghribi dalam aksi final kejohanan bola sepak Piala Negara-Negara Afrika Wanita di Rabat, Maghribi, 23 Julai 2022. (Foto AP)
AFRIKA SELATAN 2 MAGHRIBI 1
Afrika Selatan memenangi gelaran pertama Piala Negara-Negara Afrika Wanita (WAFCON) selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Maghribi, dalam final malam tadi.
Hildah Magaia menjaringkan dua gol dari jarak dekat yang hanya dibezakan lapan minit dalam babak kedua di Rabat sebelum Rosella Ayane merapatkan jurang pada minit ke-80.
Sebelum ini, Afrika Selatan menamatkan lima edisi lalu sebagai naib juara, termasuk dalam edisi terakhir pada 2018 tetapi mereka kali ini menemui jalan untuk menjulang trofi di depan 52,000 orang penonton.
Maghribi, yang kali pertama beraksi dalam final kejohanan itu, akan menyertai Afrika Selatan dalam pusingan akhir Piala Dunia Wanita tahun depan, di samping dua semifinalis lain, iaitu Nigeria dan Zambia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Maghribi #Piala Negara-Negara Afrika Wanita #Afrika Selatan #WAFCON