PELARI menara negara, Soh Wai Ching sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai pertandingan Fight For Air Climb NYC di Penn 1 Plaza, New York, Amerika Syarikat pada Sabtu.
Kehebatan pelari berusia 27 tahun itu ternyata sukar digugat apabila menguasai perlumbaan mendaki 55 tingkat bangunan dengan 1,210 anak tangga tersebut menerusi catatan rekod baharu 5 minit 29 saat, mengatasi rekod lama berusia sembilan tahun 5:53 milik Tim Donahue.
Sementara itu, David Roeske menduduki tangga kedua dengan masa 6:46 diikuti Stephen Marsalese 7:19 manakala Maria Elisa Lopes Pimentel dari Mexico memenangi kategori wanita dengan masa 7:20.
“Saya hadir di New York lapan hari lalu dengan misi untuk menyertai dua pertandingan, Tunnel to Towers Climb NYC di One World Trade Center dan Fight For Air Climb NYC di Penn 1 Plaza.
“Misi saya berjaya dipenuhi dengan memenangi kedua-dua pertandingan selain rekod baharu lapangan pada pertandingan kelmarin.
"Setakat ini, saya menang lapan daripada sembilan pertandingan tahun ini dengan satu penamat tangga kedua,” kata pelari dari Selayang tersebut.
Untuk rekod, Wai Ching merampas ranking nombor satu dunia genap sebulan lalu daripada seteru utamanya Piotr Lobodzinski dari Poland, namun dia tewas buat kali pertama sejak Disember 2019 pada Kejohanan Larian Menara Eropah di Warsaw sebelum ini.
Kejayaannya menghuni ranking nombor satu dunia mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengutuskan ucapan tahniah di laman sosial beberapa hari lalu.
Bagaimanapun Wai Ching kehilangan penaja utama pada Februari lalu menyaksikan dia terpaksa mengehadkan penyertaan pada pertandingan antarabangsa.
“Sepatutnya saya bertanding di Perth, Australia bagi pertandingan Step Up For MSWA di Central Park pada 19 Jun ini tetapi disebabkan kekurangan dana, saya tidak mampu menyertainya. Tiket penerbangan agak mahal untuk ke sana.
“Amat gembira dengan kemenangan berganda di New York dan mengibarkan Jalur Gemilang megah dua kali dalam tempoh seminggu. Dua kemenangan berturut-turut setakat ini sejak 5 Jun lalu,” katanya yang berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 13 2022
Wai Ching (tengah) bersama dua pemenang pertama kategori wanita. - Foto Facebook Soh Wai Ching - The Athlete
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Wai Ching mahu pertahankan ranking dunia untuk 10 tahun lagi
Wai Ching berazam menyertai lebih banyak kejohanan yang menawarkan kutipan mata tinggi selain berusaha memecahkan rekod.
Wai Ching pertahan juara Scale the Strat 2024
Wai Ching turut memperbaharui rekod yang dicatatnya pada tahun lepas 3 saat lebih pantas berbanding tahun lalu.
Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.
Wai Ching tawan Berjaya Times Square
Pelari nombor satu dunia itu melakukan larian 47 tingkat melibatkan 1,061 anak tangga dalam masa lima minit enam saat (s) untuk memegang gelaran pertama perlumbaan berprestij itu.
Wai Ching di tempat kedua Australia 108 Stair Challenge 2023
Ini adalah kekalahan pertama bagi atlet berusia 29 tahun itu selepas mencatatkan kemenangan 21 kali berturut-turut dalam pertandingan larian menara.
Wai Ching tawan Menara Spinnaker di Portsmouth, UK
Soh Wai Ching meneruskan pencapaian luar biasanya apabila mengungguli cabaran menaiki anak tangga Menara Spinnaker setinggi 170 meter.
Wai Ching tamatkan cabaran Guinness World Records
Soh Wai Ching berjaya menamatkan cabaran 'Jarak Simulasi Paling Jauh Mendaki Di Atas Mesin Tangga Dalam Satu Jam (Lelaki)' dengan jarak 1.649 kilometer (km).
Wai Ching intai pahat nama dalam GWR di Bangsar, Jumaat ini
Atlet itu bagaimanapun berdepan cabaran getir kerana perlu mendaki purata 131 anak tangga seminit untuk mencapai sasaran ditetapkan.
Wai Ching raih kemenangan keempat di AS
Jaguh larian menara Soh Wai Ching meraih gelaran keempat berturut-turut di Amerika Syarikat (AS) selepas menjuarai Tunnel to Towers Climb Tampa Florida, pada Sabtu.
Wai Ching cemerlang 'tawan' Menara Zagreb
Jaguh larian menara dunia, Soh Wai Ching, telah merangkul gelaran di Zagreb, Croatia, hari ini, dalam melengkapkan usaha untuk cubaan juara berganda dalam Kejohanan Larian Menara Eropah.