[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
SPORTS

Wakil Malaysia Soh Wai Ching muncul pemenang Larian Menara Empire State 2021

Astro Awani 27/10/2021 | 09:09 MYT
Soh mencatat masa 10 minit dan 47 saat untuk memenangi perlumbaan bagi kategori lelaki elit. - REUTERS/David Delgado
NEW YORK: Pelari menara negara, Soh Wai Ching berjaya menamatkan larian pendakian 86 tingkat bangunan Empire State di New York, Amerika Syarikat dalam masa kurang 11 minit untuk muncul juara acara Larian Menara Empire State 2021.
Dia mencatat masa 10 minit dan 47 saat untuk memenangi perlumbaan bagi kategori lelaki elit manakala Cindy Harris dari Amerika Syarikat memenangi perlumbaan kategori wanita elit.
Pemenang akan menderma AS$100,000 kepada badan amal pilihan mereka.
Larian Menara Empire State ialah perlumbaan menara paling terkenal di mana pelari perlu berlari menaiki 86 flights atau 1,576 anak tangga.
Perlumbaan tahun lepas dibatalkan susulan COVID-19.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Soh Wai Ching #larian #perlumbaan #Larian Menara Empire State