awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil negara pamer aksi membanggakan di Kejohanan Remaja Asia

Bernama
Bernama
19/06/2022
16:00 MYT
Wakil negara pamer aksi membanggakan di Kejohanan Remaja Asia
Pilihan utama Aira Azman meraih gelaran kelima kejohanan selepas hanya mengambil masa 18 minit untuk menewaskan pemain Hong Kong, Kirstie Po Yui Wong. - Gambar fail/ Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Skuad skuasy remaja negara berjaya meraih empat gelaran dan lima naib juara pada Kejohanan Remaja Asia di Pattaya, Thailand,hari ini.
Malaysia merangkul gelaran kategori lelaki bawah 15 tahun apabila M. Nickhileswar memerlukan 29 minit untuk menewaskan rakan sepasukan Aqil Mirza Naim Khairil Faiz 11-8, 11-9, 11-6 pada perlawanan akhir.
Pencapaian 1-2 itu turut berulang dalam kategori lelaki bawah 13 tahun apabila Sim Yeak Wei mengatasi Raziq Putra Fakhrur Razi 11-6, 6-11, 11-4, 8-11, 11-3 pada pertarungan selama 33 minit.
Pada saingan final kategori lelaki bawah 17 tahun, pemain pilihan ketiga Low Wa Sern terpaksa akur dengan gelaran naib juara selepas tewas 7-11, 8-11, 11-13 kepada pemain Korea Selatan, Na Joo Young, selepas berjuang selama 50 minit.
Pemain negara Joachim Chuah juga terlepas kejuaraan kategori lelaki bawah 19 tahun selepas tumpas kepada Noor Zaman, cucu legenda Pakistan, Qamar Zaman, 9-11, 12-10, 5-11, 9-11.
Sementara dalam kategori wanita pula menyaksikan Malaysia merangkul dua gelaran dalam acara bawah 19 dan 13 tahun.
Pilihan utama Aira Azman meraih gelaran kelima kejohanan selepas hanya mengambil masa 18 minit untuk menewaskan pemain Hong Kong, Kirstie Po Yui Wong, 11-8, 11-3, 11-2 , dalam saingan kategori bawah 19 tahun.
Malaysia hanya mengambil masa 14 minit untuk melengkapkan buruan gelaran menerusi Harleein Tan dalam kategori bawah 13 tahun apabila menjinakkan wakil Hong Kong, Chloe Lo Pui Yin, 21-3, 11-2, 11-0 sementara final wanita bawah 17 tahun menyaksikan Goh Zhi Xuan tewas 4-11, 4-11, 6-11 kepada pemain Jepun, Akari Midorikawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#wakil malaysia
#kejohanan asia
#remaja asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan