awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemasukan murid 6 tahun: KPM jamin kapasiti sekolah, guru mencukupi - Fadhlina
Russell Brand hadir perbicaraan dalam talian atas pertuduhan dua lagi kesalahan seksual
Netanyahu setuju sertai ‘Board of Peace’ anjuran Trump, pantau gencatan senjata Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Kuzain 'naik taraf' sertai pasukan Divisyen 2 Amerika Syarikat

Astro Arena
Astro Arena
21/01/2026
06:30 MYT
Wan Kuzain 'naik taraf' sertai pasukan Divisyen 2 Amerika Syarikat
Wan Kuzain kini akan bersaing dalam liga yang lebih kompetitif di Jacksonville.
PEMAIN berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal, memilih untuk kekal berpangkalan di Amerika Syarikat apabila menyertai kelab USL Championship (Divisyen 2), Sporting JAX.
Wan Kuzain antara lapan pemain yang tidak disambung kontrak kelab MLS Next Pro (Divisyen 3), St Louis City 2, bulan lalu.
Bagaimanapun, dia kini akan bersaing dalam liga yang lebih kompetitif di Jacksonville.
"Penguasa di atas padang dan elemen, Wan Kuzain mengawal bahagian tengah. Selamat datang ke 904!" tulis JAX ketika mengumumkan ketibaan pemain berusia 27 tahun itu dalam laman media sosial rasmi mereka.
Baru-Baru ini, adik kepada Wan Kuzain, Wan Kuzri Wan Kamal, mengikat kontrak bersama pasukan Liga Super, Negeri Sembilan, sebelum dipinjamkan ke UM-Damansara United bagi baki saingan musim ini. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Wan Kuzain
#harimau Malaya
#Amerika Syarikat
#Sporting JAX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan