PUTRAJAYA: Atlet sukan lasak wanita negara Tahira Najmunisaa Muhammad beraksi cemerlang apabila berjaya mendominasi kategori Classic Wanita Powerman Asia-Malaysia 2022 sejauh 80 kilometer (km) di Dataran Putrajaya, hari ini.
Pemenang pingat perak Sukan SEA Hanoi itu, mencipta sensasi dengan mencatat masa tiga jam, 14 minit dan 08 saat untuk mengesahkan tempat pertama, manakala wakil Singapura Xinhui Su (3:29.41s) dan seorang lagi atlet negara Chong Hui Xin (3:38.33s), masing-masing terpaksa berpuas hati dengan perak dan gangsa.
Mengulas mengenai perlumbaan hari ini, Tahira, 33, yang digelar sebagai 'wanita besi' berkata ia pertandingan yang sangat kompetitif selain menjadi medan persediaan terbaik buatnya menghadapi Sukan SEA di Kemboja tahun depan.
"Saya tak berapa semangat untuk bertanding hari ini, semasa kayuh basikal saya jatuh dekat KM10, tetapi cuaca baik, cabaran baik dan Alhamdulillah saya dapat tempat pertama," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan.
Ibu kepada empat anak itu berkata pencapaian hari ini turut membuktikan beliau mampu membawa cabaran lebih baik untuk beraksi di Sukan SEA 2023.
Dalam pada itu, Tahira berharap agar Kementerian Belia dan Sukan dapat mengetengahkan sukan duathlon di negara ini dalam usaha memperkenalkan lagi atlet sukan itu di persada antarabangsa.
Sementara itu, Muhammad Haziq Junaidy mengungguli kategori Short lelaki dengan catatan masa 1:26.30s, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Carl Vincent Guttierrez dari Filipina (1:30.44s) dan Thawatchai Aemaot dari Thailand (1:34.39s).
Gelaran kategori Elit lelaki pula disambar juara dunia duathlon 2015 dan 2016, Matt Smith dari Australia yang mencatat 2:40.58s, manakala Saud Alzaabi (2:40.58s) dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amin Saghaeidehkordi (2:44.55s) dari Iran melengkapkan kedudukan podium.
Kejohanan Powerman Asia-Malaysia tahun ini menyaksikan seramai 4,300 peserta dari 35 negara sekali gus mendapat gelaran Duathlon Terbesar di dunia yang sebelum ini dipegang London.
Saingan hari ini menyaksikan peserta berlumba mengikut jarak yang ditetapkan bagi kategori masing-masing dengan format berlari-berbasikal-berlari.
Kali terakhir Kejohanan Powerman Asia-Malaysia diadakan pada 2019 sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2022
Atlet negara Tahira Najmunisaa (kanan) dan Muhammad Haziq masing-masing mempamerkan aksi cemerlang dalam Powerman Asia-Malaysia 2022. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Wanita Besi' Tahira Najmunisaa ungguli Powerman Malaysia
Pemenang pingat perak Sukan SEA Hanoi itu, mencipta sensasi dengan mencatat masa tiga jam, 14 minit dan 08 saat untuk mengesahkan tempat pertama.