awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita mampu tonjol kebolehan dengan anjurkan aktiviti sukan - Nancy

Bernama
Bernama
03/11/2024
20:30 MYT
Wanita mampu tonjol kebolehan dengan anjurkan aktiviti sukan - Nancy
Nancy bercakap pada Sesi Sembang Santai bersama pelajar semasa Lawatan Kerja ke Politeknik Kuching dan Majlis Perasmian Pertandingan Badminton Beregu Wanita Parlimen Santubong, di Kuching, 3 Nov 2024. -- fotoBERNAMA
KUCHING: Melaksanakan aktiviti di peringkat lokaliti mampu mendidik pemimpin baru terutamanya golongan wanita, untuk menunjukkan kebolehan mengelolakan acara sukan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata dengan pembudayaan sukan juga boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental masyarakat.
Beliau berkata aktiviti itu juga dapat membantu mengenal pasti bakat sukan, meningkatkan produktiviti, menjana kesejahteraan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga kita.
"Kehidupan yang sihat dengan bersukan dan pemakanan yang betul akan mampu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan wanita dan seterusnya meningkatkan jangka hayat rakyat Sarawak pada masa akan datang," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Sports League 2024 di Politeknik Kuching di sini, semalam.
Nancy berkata penganjuran Program P.193 Santubong Sports League 2024, merupakan usaha berterusan pihak Pusat Khidmat Rakyat P.193 Santubong, untuk menggalakkan rakyat mengamalkan budaya hidup sihat cergas dan aktif.
"Selain itu, melalui program ini juga, diharap akan dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dengan beriadah bersama rakan dan keluarga.
"Perpaduan kaum akan tercapai sekiranya kita mencapai kata sepakat dan saling menghormati antara satu sama lain. Sukan satu wadah penghubung yang baik mencapai perpaduan antara kaum," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#Santubong Sports League 2024
#wanita
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan