awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga TNB dan media rai kejuaraan ke-20 Liverpool

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
27/04/2025
20:45 MYT
Warga TNB dan media rai kejuaraan ke-20 Liverpool
Megat Jalaluddin (kiri) menerima cenderahati daripada wakil media, Johardy Ibrahim selepas Liverpool sahkan kejuaraan ke-20. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sorakan bergema di Kompleks Sukan Tenaga Nasional Bhd (TNB), apabila ratusan warga kerjanya yang menyokong Liverpool, menyaksikan kelab kesayangan mereka menjulang kejuaraan Premier League (PL) ke-20.
Acara tayangan skrin besar anjuran Kelab Kilat Kuala Lumpur TNB pada Ahad, menampilkan suasana penuh semangat dengan para hadirin mengenakan jersi merah dengan semangat “You’ll Never Walk Alone”!
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan, yang juga penyokong tegar The Reds, turut hadir memeriahkan acara.
"Ini merupakan satu daripada kekuatan Liverpool," katanya ketika ditemui.

"Walaupun bertukar pengurus, pasukan terus bermain secara konsisten sejak era Jurgen Klopp, dan tahun ini mereka terus maju."
Selepas era Klopp, pengurus baharu Arne Slot mewarisi sebuah skuad yang kaya dengan budaya, etika kerja, dan kualiti luar biasa.
Dalam sidang media selepas perlawanan, Slot turut mengucapkan terima kasih kepada Klopp dan pengurusan terdahulu atas asas kukuh yang ditinggalkan.
Slot kini membawa Liverpool mengekalkan momentum kecemerlangan itu untuk menjuarai PL buat kali ke-20, menyamai rekod kejuaraan terbanyak yang sebelum ini dipegang Manchester United.
Para media yang dijemput turut berkongsi detik bersejarah ini bersama warga TNB, menyaksikan Liverpool membelasah Tottenham Hotspur 5-1 di Anfield.
Liverpool turun menentang Spurs memerlukan hanya satu mata daripada baki empat perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan, namun kemenangan besar itu mengukuhkan lagi status mereka sebagai juara musim ini.
Di Kuala Lumpur dan seluruh dunia, semangat "You'll Never Walk Alone" jelas terpancar dalam kalangan penyokong Liverpool, termasuk warga TNB yang bangga meraikan kejayaan bersejarah ini.
Topic Berkaitan
#TNB
#Liverpool
#Premier League
#Arne Slot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan