awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#WeBelangTogether: 'Ekor, jangan datang lambat!'

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
01/12/2018
06:51 MYT
#WeBelangTogether: 'Ekor, jangan datang lambat!'
Malaysia akan menentang Thailand dalam separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki malam ini. - Foto BERNAMA
LEBIH 80,000 orang akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini dan anda dinasihati untuk pergi ke stadium empat jam lebih awal atau paling minimum dua jam lebih awal daripada sepak mula.
Ini amalan penyokong di luar negara supaya dapat tempat terbaik dan elak kesesakan, lebih-lebih lagi di Malaysia, di mana ia menggunakan sistem tiket yang agak ketinggalan dan menggunakan tempat duduk bebas (free seating).
Pintu masuk ke stadium akan mula dibuka pada jam 5.00 petang, pastinya inilah peluang anda untuk merebut tempat terbaik dan mengelakkan kesesakan di pintu masuk dan juga jalan raya.
BACA: #WeBelangTogether: Harimau Malaya menang malam ini!
Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj ada berkongsi tips untuk pengunjung SNBJ hari ini.
View this post on Instagram
Info Pintu Masuk Perlawanan Separuh Akhir 1 Piala Suzuki AFF 2018, Malaysia lwn Thailand (Sabtu, 1 Disember 8.45 malam) * Penyokong yang sudah membeli tiket secara online tetapi masih belum menebusnya, kaunter penebusan dibuka di Pintu D & E dari 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Sila datang awal bagi mengelak kesesakan di kaunter yang boleh menyebabkan kelewatan masuk ke stadium. * Pintu masuk ke stadium akan dibuka bermula dari jam 5.00 petang. * Bagi penyokong Malaysia, sebanyak 76 laluan masuk akan dibuka iaitu 16 laluan masuk di Pintu A (tiket grandstand RM40 dan tiket terbuka RM30) serta 16 laluan masuk di Pintu B, 28 laluan masuk di Pintu C dan 16 laluan masuk di Pintu D untuk tiket terbuka RM30 sahaja. * Bagi penyokong Thailand, sebanyak 14 laluan masuk akan dibuka di Pintu E untuk tiket grandstand RM40 dan tiket terbuka RM30. * Sila datang awal bagi mengelak daripada beratur panjang dan kelewatan yang tidak diingini. * Penyokong juga digalakkan supaya menggunakan perkhidmatan LRT dan MRT yang telah dilanjutkan waktu operasinya sehingga 1.00 pagi bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta. #FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup18
A post shared by Christopher Raj (@chrisraj23) on
Nov 30, 2018 at 2:20am PST
Menurut Chris, ada 76 laluan masuk akan dibuka iaitu 16 laluan di Pintu A (tiket grandstand RM40 dan tiket terbuka RM30) serta 16 laluan masuk di Pintu B, 28 laluan masuk di Pintu C dan 16 laluan masuk di Pintu D untuk tiket terbuka RM30 sahaja.
Penyokong juga digalakkan supaya menggunakan perkhidmatan LRT dan MRT yang telah dilanjutkan waktu operasinya sehingga 1.00 pagi bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta.
Penyokong yang sudah membeli tiket secara atas talian tetapi masih belum menebusnya, boleh ke kaunter penebusan dibuka di Pintu D dan E dari 10.00 pagi hingga 8.00 malam.
Penyokong setia Harimau Malaya sudahpun tiba di stadium seawal 10 pagi dan berkongsi keterujaan mereka di media sosial.
Are you ready ?? #Ekor #HarimauMalaya pic.twitter.com/SQq6CyEPHK
— Faris Imran (@faris_imran_) December 1, 2018
Dari melaka dengan cinta. Dari negeri untuk negara. #ekor pic.twitter.com/3lFl1MN51v
— [A]mirul Naim BK (@amyrul_naiem) December 1, 2018
View this post on Instagram
Siap sedia guys
Topic Berkaitan
#AFF Suzuki Cup
#Christopher Raj
#FAM
#harimau Malaya
#Malaysia vs Thailand
#Piala AFF
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#Ultras Malaya
#We Belang Together
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan