#WeBelangTogether: Game mantap, bangga tengok - Penyokong Harimau Malaya
Kohilah Sekaran
Disember 1, 2018 21:22 MYT
Disember 1, 2018 21:22 MYT
HAMPIR semua rakyat Malaysia sedang menonton separuh akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2018 yang sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perlawanan minit separuh pertama sudah pasti memberi debaran yang hangat kepada penonton dan peminat bola sepak.
Bagaimanapun, netizen dilihat tertarik dengan cara pasukan Malaysia bertarung hari ini, menentang pasukan Thailand.
Rata-rata netizen memuji pasukan Harimau Malaya yang sedang berlawan seperti seekor harimau di stadium bola sepak itu.
Menurut penonton, pasukan Malaysia setakat ini sedang memberi satu saingan yang hebat dan mereka percaya kemenangan akan jadi milik Malaysia.
Berikut antara pujian yang sedang membanjiri media sosial.
Perlawanan yang dahsyat
Ada keserasian antara pemain
Game yang mantap!
Pemain yang 'confident'