SUKAN
Weng, Jia/Zhang rangkul dua kejuaraan di Badminton Masters China
Weng Hongyang. - Gambar fail/AP
SHENZHEN (China): Pemain tuan rumah Weng Hongyang merangkul gelaran juara perseorangan lelaki manakala gandingan Jia Yifan dan Zhang Shuxian menjuarai acara beregu wanita pada Kejohanan Badminton Masters China 2025, Ahad, lapor Xinhua.
Weng menewaskan Lin Chun-yi dari China Taipei 21-11, 21-15.
"Saya bermain dengan baik dengan taktikal dan minda yang jelas. Ketekalan saya datang daripada persediaan menyeluruh dalam kehidupan dan latihan," kata Weng.
Dalam perlawanan akhir beregu wanita yang berlangsung hampir 80 minit, Jia dan Zhang menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim Hye-jeong dan Kong Hee-yong 21-19, 16-21, 21-13.
"Saya beritahu Zhang untuk menganggapnya seperti final Olimpik. Jika kami tidak mengatasi kesukaran di gelanggang, kami tidak akan ada peluang lain," kata Jia sambil menambah bahawa kejayaan itu mengukuhkan keyakinan diri dan semangatnya. "Ia membuktikan saya masih mampu bersaing."
Bagi acara perseorangan wanita, pemain nombor satu dunia An Se-young dari Korea Selatan mempertahankan kejuaraannya selepas menewaskan Han Yue dari China 21-11, 21-3 dengan kepantasan dan ketepatan pukulan.
"Menang itu penting, tetapi saya rasa persoalan utama ialah bagaimana untuk lebih menikmati sukan badminton yang saya cintai," kata An.
"Dia memberikan tekanan yang kuat dengan rentak permainannya. Saya mahu menambah mata tetapi gagal menembusi pertahanannya. Saya benar-benar berterima kasih kepada peminat atas sorakan dan sokongan mereka. Maaf kerana tidak beraksi lebih baik, " kata Han.
Bagi acara beregu lelaki, Korea Selatan turut meraih kejayaan apabila juara dunia Kim Won-ho dan Seo Seung-jae menewaskan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty 21-19, 21-15.
Dalam acara beregu campuran, pasangan Thailand Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran muncul juara selepas menewaskan juara dunia dari Malaysia Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei 21-8, 21-17. "Kami sangat berbangga kerana meraih gelaran Masters pertama kami di Shenzhen," kata Dechapol.
-- BERNAMA