awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi magnitud 5.5 landa utara Peru - GFZ
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah susulan pengambilan untung
Addie Azwan ketua jurulatih futsal kebangsaan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wilfried Nancy dipecat Celtic selepas hanya 33 hari berkhidmat

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
05/01/2026
23:40 MYT
Wilfried Nancy dipecat Celtic selepas hanya 33 hari berkhidmat
Wilfried Nancy di Celtic Park berakhir secara rasmi apabila kelab gergasi Scotland itu menamatkan kontraknya dengan serta-merta selepas hanya lapan perlawanan, enam daripadanya berakhir dengan kekalahan. -Gambar Reuters
PENGENDALIAN singkat Wilfried Nancy di Celtic Park berakhir secara rasmi apabila kelab gergasi Scotland itu menamatkan kontraknya dengan serta-merta selepas hanya lapan perlawanan, enam daripadanya berakhir dengan kekalahan.
Pengurus berusia 48 tahun dari Perancis itu sebelum ini menandatangani kontrak dua setengah tahun, namun hanya sempat bertahan 33 hari sejak mula mengambil alih pasukan pada 4 Disember, sejurus selepas menamatkan musim MLS bersama Columbus Crew.
Tempoh singkat itu mencatat beberapa rekod negatif dalam sejarah Celtic.
Nancy menjadi pengurus pertama Celtic yang tewas dalam dua perlawanan awalnya, selain pengurus pertama sejak 1978 yang mengalami empat kekalahan berturut-turut.
Kekalahan 3-1 kepada St Mirren dalam final Premier Sports Cup dianggap antara detik paling mengecewakan sepanjang era singkatnya.
Dua kemenangan berturut-turut ke atas Aberdeen dan Livingston sebelum ini dilihat seolah-olah memberi sedikit kelegaan dan ruang masa kepada Nancy, namun prestasi pasukan kembali merosot dengan kekalahan 2-0 kepada Motherwell minggu lalu, sebelum tewas 3-1 kepada Rangers pada hujung minggu walaupun Celtic mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.
Pemecatan Nancy menjadikan Celtic kini dalam pencarian pengurus keempat musim ini, selepas Brendan Rodgers meninggalkan kelab pada Oktober lalu.
Pengurus sementara, Martin O’Neill, yang sebelum ini berjaya meningkatkan prestasi pasukan dengan tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan, digantikan oleh Nancy dan kini O’Neill berpotensi dipanggil semula untuk satu lagi tempoh interim.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Isnin, Celtic menyatakan: “Celtic Football Club hari ini mengumumkan bahawa kelab telah memutuskan untuk menamatkan kontrak pengurus Wilfried Nancy dengan serta-merta.”
Turut meninggalkan kelab ialah barisan kejurulatihan Nancy, manakala Paul Tisdale juga telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Operasi Bola Sepak, menandakan rombakan besar dalam struktur pengurusan kelab.
Pihak Celtic memaklumkan satu kemas kini lanjut akan diumumkan kepada penyokong dalam masa terdekat, ketika tekanan semakin memuncak untuk menstabilkan musim yang penuh kekacauan ini.
View this post on Instagram
A post shared by Celtic Football Club (@celticfc)
Topic Berkaitan
#Wilfried Nancy
#Celtic
#Premier Sports Cup
#Martin O Neill
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan