JUARA perseorangan Wimbledon lima kali, Venus Williams telah dianugerahkan wild card untuk kejohanan tersebut bulan depan.

Williams, yang bermain dalam acara beregu campuran di Kelab All England tahun lalu, tidak bermain dalam acara perseorangan sejak 2021 namun kembali beraksi dalam acara tersebut Isnin lalu dengan menewaskan Camila Giorgi di Rothesay Classic di Birmingham beberapa hari selepas hari jadinya yang ke-43.

Williams yang telah lama tidak beraksi dan hanya bermain kejohanan pertamanya sejak Januari di acara padang rumput di Belanda minggu lalu sebelum ke Birmingham.

Kemenangannya 7-6 (5), 4-6, 7-6 (6) ke atas Giorgi dalam tempoh lebih tiga jam pada Isnin menjadi kemenangan pertama ke atas lawan di kelompok 50 teratas sejak 2019.


Sepuluh wild card perseorangan telah diserahkan kepada pemain lelaki dan wanita Britain, termasuk Liam Broady dan Katie Boulter.