awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wimbledon: Serena Williams mara ke pusingan akhir

Agensi
Agensi
07/07/2016
15:12 MYT
Wimbledon: Serena Williams mara ke pusingan akhir
Juara bertahan itu berkemungkinan berdepan Venus buat kali kelima dalam kejuaraan Wimbledon dan kali kesembilan dalam keempat-empat kejuaraan besar.
Serena Williams berjaya mara ke pusingan akhir Wimbledon dan mungkin berdepan kakaknya, Venus selepas menewaskan pemain Rusia Elena Vesnina dalam masa 48 minit pada Khamis.
Serena, 34, kini memburu untuk mempertahankan kejuaraan tenis Wimbledon seterusnya dengan menewaskan pemain ranking ke-50 dunia itu 6-2, 6-0.
Juara bertahan itu berkemungkinan berdepan Venus buat kali kelima dalam kejuaraan Wimbledon dan kali kesembilan dalam keempat-empat kejuaraan major.
Venus, 36 berdepan dengan pemain Jerman Angelique Kerber, juara Terbuka Australia, dalam separuh akhir kedua pada Khamis.
Serena yang beraksi dalam separuh akhir Grand Slam ke-32, menundukkan Vesnina di gelanggang Centre Court di sini. Turut hadir ialah Putera William dan isteri, Kate yang menonton di dek DiRaja.
Topic Berkaitan
#Elena Vesnina
#Grand Slam
#Serena Williams
#Wimbledon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan