SUKAN
WJWC 2025: Malaysia dibelasah Belanda 13-0 pada aksi terakhir Kumpulan A
Skuad wanita negara tewas 13-0 kepada Belanda pada Kejohanan Piala Dunia Remaja (WJWC) 2025 hari ini. - Facebook Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Hasrat skuad wanita negara menutup kempen peringkat Kumpulan A dengan nota positif tidak kesampaian apabila Malaysia dibelasah 13-0 oleh Belanda, pada Kejohanan Piala Dunia Remaja (WJWC) 2025 hari ini.
Ringkasan AI
Pada perlawanan berlangsung di Santiago, Belanda mencatat gol menerusi pukulan sudut penalti (PC) Noor van den Nieuwenhof pada minit kelima sebelum Maud van den Heuvel menggandakan kedudukan dua minit kemudian menerusi gol padang (FG).
Kedua-dua pemain ini turut menyumbang gol masing-masing pada minit ke-57 (PC) dan 37(FG).
Iris de Kemp turut mencatat nama selaku penjaring dengan tiga gol pada minit ke-15 (PC), 17 dan 35 (FG), diikuti Guusje Moes pada minit ke-19 (FG), Mea de Vries (33' PC, 42' FG), Imke Verstraeten (36', 49' PC) dan Trijintje Beljaars (45' FG).
Keputusan itu menyaksikan Young Tigress menamatkan saingan Kumpulan A di tangga tercorot tanpa sebarang mata manakala Belanda selesa selaku juara kumpulan dengan sembilan mata diikuti Jepun (enam mata) dan Chile (tiga mata).
Hanya juara kumpulan serta dua pasukan naib juara terbaik akan mara ke suku akhir manakala empat naib juara lain dan empat pasukan tempat ketiga terbaik akan bersaing dalam penentuan tempat kesembilan hingga ke-16.
Baki pasukan lain akan beraksi bagi menentukan kedudukan ke-17 hingga 24.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Skuad wanita negara menutup kempen peringkat Kumpulan A dengan kekalahan telak 13-0 kepada Belanda dalam Kejohanan Piala Dunia Remaja (WJWC) 2025.
- Belanda menunjukkan dominasi dengan gol-gol daripada beberapa pemain termasuk Noor van den Nieuwenhof dan Iris de Kemp.
- Keputusan ini menempatkan Malaysia di tangga tercorot dalam kumpulan, manakala Belanda dipastikan sebagai juara kumpulan dengan sembilan mata.