SPORTS
WrestleMania 41: John Cena tamatkan era Cody Rhodes, julang kejuaraan WWE kali ke-17
John Cena menewaskan Cody Rhodes di acara utama WrestleMania 41, sekali gus merampas gelaran 'Undisputed WWE Champion' dan memecah rekod legenda Ric Flair sebagai pemegang kejuaraan WWE terbanyak dalam sejarah, iaitu 17 kali. - Gambar fail/REUTERS
DALAM detik bersejarah yang penuh emosi dan kejutan, John Cena menewaskan Cody Rhodes di acara utama WrestleMania 41, sekali gus merampas gelaran 'Undisputed WWE Champion' dan memecah rekod legenda Ric Flair sebagai pemegang kejuaraan WWE terbanyak dalam sejarah, iaitu 17 kali.
Ringkasan AI
- John Cena menewaskan Cody Rhodes di acara utama WrestleMania 41 dan merampas gelaran Undisputed WWE Champion.
- Kemenangan ini menjadikan Cena juara WWE sebanyak 17 kali, memecah rekod legenda Ric Flair.
- Ia juga merupakan kejuaraan pertama Cena sejak 2017, dicapai dalam tahun terakhir kerjayanya.
Aksi yang berlangsung di Allegiant Stadium, Las Vegas itu menyaksikan John Cena mengalahkan Cody Rhodes, yang telah memegang gelaran tersebut selama 378 hari sejak April tahun lalu, menerusi kiraan pin (pinfall).
Kemenangan ini menandakan kejuaraan WWE pertama Cena sejak Januari 2017, mengakhiri penantian hampir lapan tahun, dan dilakukan pada tahun terakhir kerjayanya iaitu tahun yang digelarnya sebagai 'farewell tour'.
Cena, 47, mengejutkan dunia gusti apabila melakukan 'heel turn' (bertukar kepada watak jahat) dan menyerang Rhodes secara di Elimination Chamber pada Mac lalu, selepas bekas juara itu enggan menyertai Dwayne 'The Rock' Johnson dalam pakatannya.
Dalam tempoh beberapa bulan terakhir sebelum bersara, Cena telah menulis satu bab penutup yang akan diingati untuk generasi akan datang.
Pada Julai tahun lalu, Cena mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun 2025, serta mendedahkan akan melakukan persembahan terakhirnya di gelanggang WWE pada tahun tersebut sebagai sebahagian daripada 'jelajah perpisahannya'.
Cena, yang sering dianggap sebagai salah seorang penggusti profesional terhebat sepanjang zaman, sebelum ini telah meraih gelaran juara dunia WWE sebanyak 16 kali sejak menyertai organisasi itu pada tahun 2001, dan kini sekali lagi meraihnya untuk kali ke-17.
Selain kerjaya gusti profesional, Cena juga terkenal sebagai pelakon dengan membintangi beberapa filem besar termasuk The Marine, The Suicide Squad, Bumblebee, Fast & Furious 9, dan Teenage Mutant Ninja Turtles.
Beliau juga memegang Guinness World Record atas sumbangan beliau kepada badan amal Make-A-Wish, dengan menjadi selebriti paling banyak diminta oleh kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal.
Berikut ialah keputusan penuh WrestleMania 41 mengikut dua malam acara:
Malam Pertama (19 April)
1. Jey Uso menewaskan Gunther (c) melalui kuncian – World Heavyweight Championship singles match (16:30)
2. The New Day (Kofi Kingston & Xavier Woods) menewaskan The War Raiders (Erik & Ivar) (c) melalui kiraan pin – World Tag Team Championship tag team match (9:15)
3. Jade Cargill menewaskan Naomi melalui kiraan pin – Singles match (9:20)
4. Jacob Fatu menewaskan LA Knight (c) melalui kiraan pin – WWE United States Championship singles match (10:40)
5. El Grande Americano menewaskan Rey Fénix melalui kiraan pin – Singles match (7:55)
6. Tiffany Stratton (c) menewaskan Charlotte Flair melalui kiraan pin – WWE Women's Championship singles match (19:05)
7. Seth Rollins menewaskan CM Punk (bersama Paul Heyman) dan Roman Reigns melalui kiraan pin – Triple threat match (32:55)
---
Malam Kedua (20 April)
1. Iyo Sky (c) menewaskan Bianca Belair dan Rhea Ripley melalui kiraan pin – Women's World Championship triple threat match (14:25)
2. Drew McIntyre menewaskan Damian Priest melalui kiraan pin – Sin City Street Fight (13:55)
3. Dominik Mysterio menewaskan Bron Breakker (c), Finn Bálor dan Penta melalui kiraan pin – WWE Intercontinental Championship fatal four-way match (10:30)
4. Randy Orton menewaskan Joe Hendry melalui kiraan pin – Singles match (open challenge) (3:10)
5. Logan Paul menewaskan AJ Styles melalui kiraan pin – Singles match (17:50)
6. Lyra Valkyria dan Becky Lynch [c] menewaskan Liv Morgan dan Raquel Rodriguez (c) melalui kiraan pin – WWE Women's Tag Team Championship tag team match (8:40)
7. John Cena menewaskan Cody Rhodes (c) melalui kiraan pin – Undisputed WWE Championship singles match (21:40)
---
*(c) - Menandakan peserta yang memasuki pertarungan sebagai juara.