awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WSBK: Kurang uji jentera rencatkan permulaan Hafizh Syahrin

Bernama
Bernama
11/04/2022
22:20 MYT
WSBK: Kurang uji jentera rencatkan permulaan Hafizh Syahrin
Hafizh akan kembali beraksi dalam perlumbaan seterusnya di Litar Assen, Belanda dari 22 hingga 24 April ini. - Instagram Hafizh Syahrin Abdullah
KUALA LUMPUR: Kekurangan sesi pengujian jentera ternyata memberi impak permulaan kurang sempurna buat pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah pada dua perlumbaan pertama Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) di Litar MotorLand Aragon, Sepanyol, minggu lepas.
Bukan itu sahaja, Hafizh yang mewakili pasukan Mie Racing Honda itu turut mengakui kekurangan data pelumba lain juga menyebabkan beliau tidak berupaya memberi tentangan sengit.
"Harap perlumbaan akan datang pasukan akan buat sesuatu pada jentera untuk saya dapatkan pemasaan serta kedudukan lebih baik dan dekat dengan pelumba depan," katanya dalam video yang dikongsi kepada media semalam.
Walaupun perlumbaannya kurang memuaskan, bekas pelumba Moto2 itu berkata beliau telah cuba memberikan yang terbaik di Sepanyol selain teruja dapat memperoleh pengalaman dalam saingan yang baharu disertainya tahun ini.
"Perlumbaan kali ini banyak pengalaman yang saya belajar terutamanya dari segi elektronik dan tayar (dan) memang lain lah. Ini satu kejohanan lain, memang berlainanlah dengan apa yang saya berlumba di Kejohanan Dunia sebelum ini," katanya.
Perlumbaan pertama pelumba berusia 27 tahun itu bagi musim ini menyaksikan beliau gagal mengutip sebarang mata selepas menamatkan saingan di tempat ke-21 sebelum naik satu anak tangga di tempat ke-20 pada perlumbaan kedua.
Hafizh yang diberi jolokan 'El Pescao' akan kembali beraksi dalam perlumbaan seterusnya di Litar Assen, Belanda dari 22 hingga 24 April ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WSBK
#Hafizh Syahrin Abdullah
#sepanyol
#pelumba negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan