[TERKINI] SARA RM100 untuk Warganegara 18 Tahun ke Atas: Tebus Guna MyKad – Baca Panduan Penuh Di Sini
SUKAN

WUG 2025: Kem renang lebur rekod kebangsaan

Bernama 23/07/2025 | 01:20 MYT
Kuartet renang lelaki negara menampilkan aksi terbaik untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam final 4x200 meter (m) gaya bebas Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 di Schwimm- und Sprunghalle im Europasportpark, Berlin, Jerman.
ESSEN (Jerman): Kuartet renang lelaki negara menampilkan aksi terbaik untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam final 4x200 meter (m) gaya bebas Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 di Schwimm- und Sprunghalle im Europasportpark, Berlin, di sini.

Kuartet yang dibarisi Khiew Hoe Yean, Arvin Shaun Singh Chahal, Lim Yin Chuen dan Tan Khai Xin mencipta masa 7 minit 19.66 saat (s) ketika menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

Catatan dilakukan mereka memadam rekod lama 7:19.75s yang dilakukan Welson Sim, Yin Chuen, Arvin dan Hoe Yean pada Sukan SEA Hanoi 2022.

Amerika Syarikat merangkul emas selepas memecahkan rekod temasya dengan catatan 7:04.51s, perak menjadi milik Atlet Neutral Individu (7:08.33s) dan Jepun membawa pulang gangsa (7:09.47s).

Kem renang menjadi sukan yang menyumbang pingat tunggal kontinjen negara setakat ini menerusi Hoe Yean dalam acara 400m gaya bebas.

-- BERNAMA



#kuartet renang #Sukan Universiti Dunia #WUG 2025 #rekod kebangsaan