SUKAN
WUG 2025: Kuartet 4X100m kota janji ke final
Kesemua aksi final akan berlangsung petang ini waktu Malaysia. - Foto Facebook/Rhine-Ruhr 2025 FISU World University Games
BOCHUM: Kuartet 4x100 meter (m) lelaki negara mengotakan janji apabila melangkah ke final pada temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 di Lohrheidestadion, di sini awal pagi tadi waktu Malaysia.
Pada aksi pusingan pertama, kuartet Muhammad Azeem Mohd Fahmi, Pengiran Aidil Auf Hajam, Mohammad Thaqif Mohammad Hisham dan Aliff Iman Mohd Fahimi menamatkan saringan satu di tempat ketiga dengan catatan masa 39.83 saat (s) di belakang pemenang Afrika Selatan (38.85s) dan India (39.21s).
Catatan 39.83s itu merupakan rekod terbaik musim ini bagi kuartet 4x100m negara sementara rekod kebangsaan ialah 39.09s yang dicipta pada 2022.
Turut beraksi pada final selain Afrika Selatan dan India ialah Jerman, Poland, Turkiye dan Thailand.
Pada masa sama, atlet lompat kijang wanita Nurul Ashikin Abas juga berjaya mara ke final selepas melakukan catatan terbaik musim ini, iaitu 12.98m dalam pusingan kelayakan Kumpulan B.
Dalam pada itu, skuad olahraga turut menempah tiket final dalam 4x400m wanita selepas kuartet Mandy Goh Li, Nurul Aliah Maisarah Nor Azmi, Chelsea Cassiopea Evali Bopulas dan Hizillawanty Jamain menamatkan saringan dua di tempat keempat dengan catatan musim terbaik 3 minit 55.21s.
Sementara itu, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari tidak berjaya ke final 800m lelaki selepas merakam masa 1:49.87s di kedudukan keenam dalam separuh akhir satu manakala Grace Wong Xiu Mei terkandas di pusingan kelayakan baling tukul besi wanita.
Kesemua aksi final akan berlangsung petang ini waktu Malaysia.
-- BERNAMA