SUKAN
WUG 2025: Muhammad Azeem, Umar mara ke separuh akhir
Muhammad Azeem tidak berdepan masalah untuk mara ke peringkat separuh akhir acara 100 meter lelaki pada temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025. - Gambar fail Bernama
BOCHUM (Jerman): Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi tidak berdepan masalah untuk mara ke peringkat separuh akhir acara 100 meter (m) lelaki pada temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 di Lohrheidestadion di sini, malam ini (awal pagi Selasa waktu Malaysia).
Pada aksi saringan tujuh pusingan pertama yang berlangsung dalam keadaan hujan dan berangin, Muhammad Azeem tenang mengungguli perlumbaan dengan catatan masa 10.57 saat (s), menewaskan Joeljin Nwamadi dari Korea Selatan (10.61s) dan Nikolaos Dowhos dari Kanada (10.72s).
Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu menjadi wakil tunggal negara yang mara apabila rakan sepasukan Aliff Iman Mohd Fahmi mengakhiri saringan lima di tempat kelima dengan masa 11.09s.
Penuntut Universiti Auburn, Amerika Syarikat itu yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan masa 10.09s akan turun beraksi di peringkat separuh akhir malam esok (awal pagi Rabu waktu Malaysia).
"Sebenarnya banyak lagi tenaga yang saya simpan sebab saya tahu esok ada dua pertandingan (separuh akhir dan akhir). Hari ini rancangan saya adalah menghabiskan larian dengan baik, tanpa kecederaan.
"Alhamdulillah semua berjalan lancar, fokus sekarang kekalkan kecergasan dan semangat yang ada, tadi sedikit terganggu dengan pertandingan ditangguhkan, hujan dan angin yang kuat tetapi ia bukan alasan," kata atlet berusia 22 tahun itu ketika ditemui selepas perlumbaan, di sini.
Jaguh pecut Thailand, Puripol Boonson muncul pelari terpantas pusingan pertama dengan catatan 10.23s, diikuti dua atlet dari Afrika Selatan Bayanda Joy Walaza (10.27s) dan Kyle Brian Zinn (10.33s).
Pada masa sama, raja pecut 400m Asia Tenggara, Umar Osman turut menceriakan kem olahraga negara apabila layak ke separuh akhir selepas menjadi tiga pelari terpantas dalam kalangan bukan tiga pelumba pertama setiap saringan yang layak secara automatik.
Turun beraksi dalam pusingan pertama saringan empat, pemenang pingat emas Sukan SEA 2023 itu menamatkan saingan di tempat keempat dengan catatan 46.97s.
Tempat pertama milik atlet Ireland Jack Raftery dengan masa 46.39s, diikuti Matej Krsek dari Republik Czech (46.48s) dan wakil Malta Matthew Galea Soler (46.82s).
"Catatan masa hari ini bagi saya agak teruk tapi saya bersyukur sebab layak dan sudah buat yang terbaik, di separuh akhir (malam esok) nanti saya akan buat lebih baik. Cuaca hari ini baik tetapi mungkin angin agak kuat namun saya tak jadikan itu sebagai alasan, lawan tetap lawan.
"Untuk memecahkan rekod kebangsaan sekali lagi dengan masa ini agak jauh, hampir satu saat, jadi saya perlu fokus untuk capai misi itu," kata pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 46.09s itu.
Catatan terbaik Umar musim ini adalah 46.25s yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Asia di Gumi, Korea Selatan, Mei lepas.
Dalam pada itu, atlet yang terkandas di pusingan awal ialah Muhammad Fakrul Afizul Nasir dalam acara 400m lari berpagar yang mengalami kecederaan hamstring ketika menamatkan saringan dua dengan masa 1 minit 11.87s dan Muhammad Aidil Azhar Azrul Hisyam yang disingkirkan kerana kesalahan pelanggaran lorong dalam saringan dua 400m.
Dalam saingan wanita pula, Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (400m), Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal (100m), Azreen Nabila Alias (100m) dan atlet lontar peluru Nani Sahirah Maryata terkandas seawal pusingan kelayakan.
Saingan olahraga akan berlangsung hingga hari penutup temasya, Ahad ini.
-- BERNAMA