awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Wujudkan Jawatankuasa Integriti atau bakal berdepan tindakan"

Fadzrie Hazis
Fadzrie Hazis
29/08/2013
12:20 MYT
"Wujudkan Jawatankuasa Integriti atau bakal berdepan tindakan"
"Wujudkan Jawatankuasa Integriti dalam tempoh sebulan atau berdepan tindakan."
Itulah amaran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada sesetengah Persatuan Bola Sepak Negeri, yang enggan mewujudkan jawatankuasa berkenaan.
Bagi Khairy, sikap Persatuan Bola Sepak Negeri terbabit tampak memberi gambaran, mereka tidak serius dalam usaha menangani gejala rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.
"Malangnya masih lagi ada persatuan-persatuan negeri yang enggan menubuhkan jawatankuasa integriti.
"Jadi saya nak beri mereka dalam tempoh masa sebulan lagi untuk menubuhkan jawatankuasa integriti di peringkat persatuan bola sepak negeri. Kalau tidak, saya ada hak untuk mengambil tindakan melalui pejabat Pesuruhjaya Sukan," kata Khairy di rumah terbuka hari raya Aidilfitri kementeriannya pada Khamis.
Idea mewujudkan Jawatankuasa Integriti timbul, selepas Khairy mengadakan pertemuan bersama Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), sejurus dilantik Menteri Belia dan Sukan.
Ketika itu, setiap persatuan negeri dan kelab diberi tempoh sehingga Jun, bagi mewujudkan jawatankausa berkenaan.
Selain FAM, ia turut mendapat sokongan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Khairy mengulangi ketegasannya, Jawatankuasa berkenaan dapat membantu setiap pasukan memantau segala aktiviti kurang sihat yang melanda kancah bola sepak tempatan.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Integriti
#Khairy Jamaluddin
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan