awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wushu: Mun Hua, Jack Chang gondol emas

Astro Arena
Astro Arena
22/08/2017
03:25 MYT
Wushu: Mun Hua, Jack Chang gondol emas
Loh Jack Chang beraksi dalam acara wushu di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 20 Ogos, 2017. - Astro AWANI / Shahir Omar
ATLET wushu lelaki negara, Ho Mun Hua, mengutip pingat emas pertamanya dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas menduduki tangga teratas acara nanquan di Dewan 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi tadi.
Semalam, dia tewas di tangan Thein Than Oo dari Myanmar dengan perbezaan 0.02 mata, sekaligus terlepas peluang meraih emas bagi kategori nangun lelaki.
Bagaimanapun, kutipan 9.67 mata bagi kategori nanquan berjaya memberikan emas buatnya, menewaskan pencabar terdekat dari Vietnam, Pham Quoc Khanh (9.66 mata), dan Roslan Md Sufi dari Brunei (9.65 mata).
"Ini emas pertama saya dalam Sukan SEA. Saya mendapatkan emas untuk Malaysia dan juga sempena Hari Merdeka.
"Saya tidak fikir terlalu banyak dan hanya melakukan yang terbaik.
"Jurulatih puas hati saya pun puas hati, itu sudah cukup," katanya.
Kecemerlangan Mun Hua diteruskan oleh Loh Jack Chang apabila mengungguli kategori taijiquan lelaki untuk turut memenangi emas menewaskan pencabar terdekat, Samuel Tan Wei Han (Singapura) dan Khant Min Htet (Myan Mar).
Meskipun telah meraih emas dalam kategori taijijian lelaki pada Ahad, Jack Chang jelas masih belum berpuas hati apabila mencatatkan 9.66 mata untuk menewaskan Tan Wei Han (9.52 mata) dan Min Htet (9.36 mata).
"Saya nak hadiahkan emas ini kepada rakan-rakan dan keluarga, terutama dan tunang saya yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi.
"Kami bercadang melangsungkan perkahwinan pada Jun tahun depan," ujar Jack Chang.
Dua atlet wanita negara, Diana Bong dan Tai Cheau Xuen, terlepas peluang membutirkan pingat buat Malaysia selepas sekadar menduduki tangga keempat dan kelima kategori nandao dan nangun dengan kutipan mata 18.76 dan 18.67 keseluruhan.
Topic Berkaitan
#emas
#Ho Mun Hua
#KL2017
#Kuala Lumpur
#Loh Jack Chang
#nanquan lelaki
#Sukan SEA
#taijiquan lelaki
#wushu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan