Ho Mun Hua menjadi penyumbang pingat terakhir dari kem wushu negara menerusi pingat gangsa dalam acara Nangun lelaki pada aksi penutup tirai di Stadium Tertutup Wunna Theidki A, hari ini.
Ho mengutip 9.67 mata berada di belakang pemenang pingat perak, Soe Kyaw dari Myanmar yang mendapat 9.69 mata manakala pingat emas menjadi milik atlet Vietnam, Quoc Khanh Pham dengan 9.70 mata.
Sementara itu, rakan senegara Kevan Cheah Peng Heng hanya menduduki tempat kelima dengan mengumpul 9.64 mata.
Ho berkata beliau tetap gembira dan berpuas hati dengan pencapaiannya meraih tiga perak dan satu gangsa untuk pasukanya.
"Saya telah cuba buat persembahan terbaik hari ini dan saya akur bahawa peserta Myanmar dan Vietnam memang layak untuk mendapat tempat pertama dan kedua hari ini.
"Walaupun tidak dapat pingat emas...apa yang lebih penting bagi saya ialah saya telah melakukan persembahan yang terbaik dan jurulatih berpuas hati dengan apa yang saya lakukan," katanya kepada pemberita.
Ho berkata tumpuannya selepas ini adalah melakukan persiapan awal bagi menghadapi temasya Asia di Incheon, Korea Selatan dari 18 Sept hingga 27 Okt, 2014 dengan pingat emas menjadi sasaran sekiranya terpilih untuk mewakili negara.
Skuad wushu negara berjaya mencapai sasaran pingat apabila secara keseluruhan mengumpul tiga pingat emas, lima perak dan enam gangsa.
Sementara itu, jurulatih wushu kebangsaan, Yoong Thong Foong berkata beliau berpuas hati dengan persembahan dan pencapaian yang diraih anak didiknya namun agak terkilan dengan keputusan pengadil yang didakwanya berat sebelah.
"Saya rasa lega apabila kita berjaya mencapai sasaran tiga pingat emas semalam namun saya agak terkilan dengan keputusan pengadil yang berat sebelah.
"Kita sepatutnya boleh raih empat pingat emas menerusi Ho menerusi acara Nanquan sejak hari pertama namun keputusan pengadil tidak memihak kepada Malaysia," katanya.
Bernama
Tue Dec 10 2013
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
KL2017: Malaysia rangkul dua emas hari terakhir wushu
Skuad wushu Malaysia hari ini merangkul dua lagi pingat emas pada hari ketiga iaitu hari terakhir wushu, pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Wushu: Mun Hua, Jack Chang gondol emas
Semalam, dia tewas di tangan Thein Than Oo dari Myanmar dengan perbezaan mata 0.02 sekaligus terlepas peluang meraih emas bagi kategori nangun lelaki.
Wushu: Pingat gangsa untuk Mun Hua
Ho Mun Hua menjadi penyumbang pingat terakhir dari kem wushu negara dalam acara Nangun lelaki pada aksi penutup tirai di Stadium Tertutup Wunna Theidki A hari ini.