awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wushu: Tammy cipta sejarah raih emas pertama Malaysia di Universiade

Bernama
Bernama
30/07/2023
11:57 MYT
Wushu: Tammy cipta sejarah raih emas pertama Malaysia di Universiade
Tammy raih pingat emas acara qiangshu wanita Universiade ke-31 di Chengdu, China pada Ahad.- Foto Facebook Sukan IPT
KUALA LUMPUR: Atlet wushu Tammy Tan Hui Ling, melakar sejarah apabila menamatkan penantian 38 tahun untuk meraih pingat emas pertama Malaysia, pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China hari ini.
Tammy, yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 pada Khamis lepas, mengungguli acara Qiangshu wanita, selepas mencatat 9.613 mata pada saingan di Chengbei Gymnasium.
Wakil Macau, Weng Ian Wong (9.593) dan Lydia Sham Hui Yu (9.583) dari Hong Kong, masing-masing meraih perak dan gangsa acara itu, menurut laman web rasmi temasya.
"Tammy menamatkan igauan hampir 38 tahun pingat emas untuk Malaysia sejak penyertaan di Universiade Kobe, Jepun 1985," menurut catatan di Facebook Sukan IPT (Institut Pengajian Tinggi).
Sebelum ini, kem wushu menghadiahkan dua gangsa di Chengdu menerusi Mandy Cebelle Chen dan Calvin Lee Wai Leong, masing-masing menerusi acara Tajiquan wanita dan Nangun lelaki.
Pencapaian terbaik Malaysia sebelum ini ialah kejayaan membawa pulang tiga perak dan empat gangsa daripada edisi 2017 di Taiwan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wushu
#Tammy Tan Hui Ling
#pingat emas
#Sukan Universiti Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan