SUKAN
WWE: Roman Reigns, Liv Morgan dominasi Royal Rumble 2026, Gunther tamatkan karier AJ Styles
Roman Reigns dan Liv Morgan mengesahkan laluan ke WrestleMania 2026 selepas masing-masing menjuarai Royal Rumble 2026, namun malam bersejarah itu turut dibayangi emosi apabila Gunther menamatkan karier bintang WWE, AJ Styles. - Instagram @WWE
ROMAN Reigns dan Liv Morgan mengesahkan laluan ke WrestleMania 2026 selepas masing-masing menjuarai Royal Rumble 2026, namun malam bersejarah itu turut dibayangi emosi apabila Gunther menamatkan karier bintang WWE, AJ Styles.
Ringkasan AI
Dalam aksi yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi itu, Reigns muncul sebagai pemenang Men’s Royal Rumble selepas menyingkirkan Gunther sebagai peserta terakhir.
Ini merupakan kemenangan Royal Rumble kedua buat Reigns, yang sebelum ini pernah menjuarai perlawanan sama dan kini sekali lagi mengesahkan tempat di acara utama WrestleMania.
Bekas juara 'undisputed' Cody Rhodes, yang sebelum ini tekad untuk sekali lagi memenangi Royal Rumble, gagal merealisasikan hasrat tersebut apabila tersingkir sebelum peringkat akhir perlawanan.
Meskipun edisi kali ini berlangsung tanpa banyak kejutan besar seperti tahun-tahun terdahulu, namun ia berjaya mengetengahkan persembahan dominan dari bintang-bintang muda, yang majoritinya produk NXT seperti Lola Vice, Sol Ruca, Lash Legend, Jacy Jayne, dan Kelani Jordan serta Oba Femi, Je’Von Evans, dan Trick Williams.
Rata-rata mereka mempamerkan intensiti serta aura 'bintang masa depan', sekali gus mengukuhkan mesej WWE bahawa generasi baharu kini semakin bersedia mengambil alih peranan utama.
Dalam saingan wanita, Liv Morgan mencipta kejayaan terbesar dalam kerjayanya apabila menjuarai Women’s Royal Rumble 2026 buat kali pertama.
Morgan menyingkirkan Tiffany Stratton pada detik penentuan untuk mengesahkan peluang merebut kejuaraan WWE wanita di WrestleMania.
Walaupun keseluruhan perlawanan tidak dipenuhi dengan kejutan, kemunculan semula Brie Bella (saudara kembar Nikki Bella) serta penampilan Stratton kekal mencuri perhatian penonton.
Sungguh pun begitu, detik paling menyentuh Royal Rumble 2026 hadir dalam perlawanan 'retirement match' melibatkan AJ Styles dan Gunther.
Selepas mengalami kekalahan di tangan Gunther, Styles dilihat membuka sarung tangannya, satu simbol yang sering dikaitkan dengan pengumuman persaraan.
Styles memegang sarung tangan tersebut seketika, seolah-olah ingin meletakkannya di atas lantai gelanggang, namun membatalkan niat tersebut dan menyarung kembali sarung tangan berkenaan.
Aksi itu menimbulkan spekulasi dan tanda tanya besar dalam kalangan peminat, dengan ramai beranggapan Styles masih 'bergelut' secara emosi dengan detik penamat kerjayanya.
Tidak lama selepas itu, perlawanan disahkan berakhir dengan kemenangan Gunther, sekali gus menamatkan karier Styles secara rasmi.
Reaksi peminat jelas memperlihatkan kejutan dan kesedihan, dengan mesej penghormatan membanjiri media sosial dan nama AJ Styles menjadi antara topik paling hangat diperkatakan, termasuk ada yang membuat spekulasi mengatakan Styles ingin bersara di gelanggang lamanya iaitu TNA Wrestlin.
AJ Styles mengakhiri kerjaya yang bermula di TNA sebelum mencipta nama selepas kemunculan sulungnya di WWE pada 2016.
Sepanjang berada di WWE, beliau pernah menjulang pelbagai kejuaraan utama dan dikenang sebagai atlet serba lengkap dan serba boleh yang menjadi penanda aras gusti profesional era moden.
Ringkasan AI
- Roman Reigns dan Liv Morgan menjuarai Royal Rumble 2026, memastikan tempat di WrestleMania; Gunther pula menamatkan karier AJ Styles dalam aksi di Riyadh, Arab Saudi.
- Kemenangan Reigns adalah yang kedua dalam Royal Rumble, menunjukkan dominasi bintang muda NXT seperti Lola Vice, Sol Ruca, Lash Legend, dan lain-lain, mengukuhkan generasi baharu WWE.
- Liv Morgan meraih kejayaan pertama dalam Women's Royal Rumble 2026; penampilan Brie Bella dan Tiffany Stratton menarik perhatian, sementara perlawanan 'retirement match' antara AJ Styles dan Gunther mengejutkan peminat dengan Styles bersedia bersara.