SUKAN
Yang perlu anda tahu mengenai Piala Dunia 2026
Setakat ini, 28 negara sudah mengesahkan tempat di Piala Dunia 2026 termasuk England dan juara bertahan Argentina, manakala 20 slot lagi masih dipertandingkan. - Gambar FIFA
PASUKAN England mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 selepas skuad bimbingan Thomas Tuchel menewaskan Latvia, sekali gus melayakkan diri dengan baki dua perlawanan.
Kejayaan itu membolehkan penyokong Three Lions mula membuat persiapan awal untuk kejohanan musim panas depan - sama ada hadir ke stadium atau menonton di kaca televisyen.
Daripada lokasi perlawanan, cara mendapatkan tiket, hingga maklumat terkini tentang kejohanan terbesar dalam sejarah bola sepak dunia — berikut adalah semua yang anda perlu tahu mengenai Piala Dunia 2026.
Bila dan di mana Piala Dunia 2026 akan diadakan?
Piala Dunia 2026 akan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico - buat julung kalinya kejohanan ini dikendalikan oleh tiga negara tuan rumah.
Perlawanan pembukaan akan berlangsung pada 11 Jun 2026 di Mexico City, manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 19 Julai di New Jersey, Amerika Syarikat.
Buat pertama kali, kejohanan ini akan melibatkan 48 pasukan, menjadikannya edisi paling besar dan terpanjang dalam sejarah dengan tempoh 39 hari.
Format baharu akan menampilkan 12 kumpulan yang masing-masing mengandungi empat pasukan, serta satu pusingan tambahan iaitu pusingan 32 pasukan.
Bandar tuan rumah Piala Dunia 2026
Sebanyak 16 bandar akan menjadi lokasi perlawanan iaitu 11 di Amerika Syarikat, tiga di Mexico dan dua di Kanada.
* Amerika Syarikat: Atlanta, Boston, Dallas, Houston, Kansas City, Los Angeles, Miami, New York/New Jersey, Philadelphia, San Francisco dan Seattle.
* Mexico: Guadalajara, Mexico City dan Monterrey.
* Kanada: Toronto dan Vancouver.
Bila undian kumpulan akan dijalankan?
Undian rasmi peringkat kumpulan akan berlangsung pada Jumaat, 5 Disember jam 5 petang (GMT) di John F. Kennedy Center for the Performing Arts, Washington DC.
Pasukan tuan rumah akan ditempatkan secara automatik: Mexico (A1), Kanada (B1) dan Amerika Syarikat (D1).
Tiket Piala Dunia - cara pembelian dan harga
Jualan pertama tiket bermula awal Oktober dengan lebih 4.5 juta peminat menyertai undian bagi peluang membeli tiket.
FIFA belum mengumumkan senarai harga rasmi sepenuhnya, namun tiket yang telah dimenangi melalui undian kini disenaraikan semula secara dalam talian.
* Kategori harga umum:
Tiket perlawanan pembukaan di AS: antara AS$560 (RM2,370) hingga AS$2,235 (RM9.455).
Tiket termurah untuk final: AS$2,030 (RM8,587).
Tiket paling mahal untuk final: AS$6,000 (RM25,382).
Tiket hospitaliti belum dijual tetapi dijangka jauh lebih tinggi.
Beberapa tiket perlawanan awal boleh didapati serendah AS$60 (RM253), namun, jumlahnya sangat terhad.
Fasa kedua jualan tiket bermula 27 hingga 31 Oktober, diikuti proses pemilihan rawak.
Undian tambahan akan dijalankan selepas undian kumpulan pada 5 Disember, di mana peminat boleh memohon untuk perlawanan tertentu.
Fasa terakhir penjualan akan diadakan menjelang kejohanan, menggunakan konsep first come, first served.
FIFA turut memperkenalkan model harga “dinamik”, di mana tiket bagi perlawanan berpermintaan tinggi boleh meningkat dengan ketara.
Negara yang telah layak ke Piala Dunia 2026
Setakat ini, 28 negara sudah mengesahkan tempat termasuk England dan juara bertahan Argentina, manakala 20 slot lagi masih dipertandingkan.
Senarai pasukan yang layak:
Tuan rumah: Kanada, Mexico, Amerika Syarikat.
Afrika: Algeria, Cape Verde, Mesir, Ghana, Ivory Coast, Maghribi, Senegal, Afrika Selatan, Tunisia.
Asia: Australia, Iran, Jepun, Jordan, Qatar, Arab Saudi, Korea Selatan, Uzbekistan.
Eropah: England.
Oceania: New Zealand.
Amerika Selatan: Argentina, Brazil, Colombia, Ecuador, Paraguay, Uruguay.
Tiga negara - Cape Verde, Jordan dan Uzbekistan mencipta sejarah layak ke Piala Dunia buat kali pertama.
Suriname dan Curaçao turut berpeluang menyertai mereka sebagai pendatang baharu.
Keadaan politik di negara tuan rumah
Amerika Syarikat akan menjadi tuan rumah kepada 78 daripada 104 perlawanan, termasuk final.
Namun, suasana politik dan keselamatan masih menjadi perhatian.
Tahun 2025 menyaksikan beberapa siri pembunuhan politik di AS serta lebih 500 insiden tembakan besar-besaran pada 2024.
Pentadbiran Presiden Donald Trump juga mempertingkatkan pengusiran pendatang tanpa izin, selain mengerahkan Pasukan Pengawal Kebangsaan (National Guard) di bandar-bandar yang dikuasai Demokrat termasuk Los Angeles, yang bakal menjadi lokasi lapan perlawanan.
Tindakan ini mencetuskan protes besar-besaran di beberapa bandar, dan Trump dilapor mengancam untuk memindahkan perlawanan dari bandar yang dianggap “tidak selamat.”
Pada Mac lalu, beliau menyatakan bahawa ketegangan politik dan ekonomi antara AS, Kanada dan Mexico “akan membawa kebaikan” kepada kejohanan - selepas mengenakan cukai import (tarif) terhadap kedua-dua negara jirannya itu.
Keadaan cuaca semasa Piala Dunia
Isu cuaca panas dijangka menjadi cabaran utama, seperti yang berlaku semasa Piala Dunia Kelab di AS tahun ini.
Jurulatih Paris Saint-Germain, Luis Enrique, sebelum ini mengadu pasukannya terpaksa bermain dalam suhu hampir 40°C ketika menentang Atletico Madrid di Los Angeles.
Ramai pemain dilaporkan mengalami masalah pening dan keletihan akibat kelembapan tinggi.
FIFA dijangka menjadualkan perlawanan utama Eropah pada waktu lebih lewat (lepas tengah malam waktu UK) bagi mengurangkan kesan cuaca panas.
Waktu sepak mula dijangka sama seperti Piala Dunia Kelab: 5 petang, 8 malam, 11 malam dan 2 pagi (waktu UK). - BBC