awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP

Yayasan Sime Darby taja Azizul dan Fatehah

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2013
13:37 MYT
Yayasan Sime Darby taja Azizul dan Fatehah
Impian negara untuk membawa pulang pingat di temasya Sukan Olimpik menerusi sukan berbasikal trek kembali bernyala apabila Yayasan Sime Darby (YSD) meneruskan kesinambungan sebagai penaja kepada sukan tersebut.
Kali ini, kos berjumlah RM2.85 juta diperuntukkan kepada dua pelumba, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa bagi merealisasikan hasrat itu di Rio 2016 nanti.
YSD sebelum ini telah memperuntukkan RM2 juta kepada tujuh pelumba untuk meraih pingat di Olimpik London 2012.
Namun, YSD kali ini hanya memilih Azizul dan Fatehah bagi misi di Rio.
Menurut pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam, pengkhususan itu dilakukan bagi memastikan kedua-dua pelumba itu mendapat lebih banyak pendedahan di peringkat tertinggi.
"Jadi, dengan mereka yang perlu bersaing di merata dunia insya-Allah ia akan beri pendedahan dan untuk itu ia memerlukan pembiayaan dan bantuan kewangan.
“Itulah sebabnya kita memberi bantuan yang agak besar kalau nak dibandingkan," kata beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan cek di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, pada Selasa.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong, jurulatih basikal trek John Beasley, Azizul dan Fatehah.
Pembiayaan tiga tahun setengah dari Februari 2013 hingga Ogos 2016 ini merangkumi bayaran penyertaan pertandingan, tiket penerbangan, perbelanjaan perjalanan, pakaian berlumba dan elaun.
Ia juga membolehkan kedua-dua pelumba itu menyertai 42 pertandingan berbanding 15 pertandingan di bawah program ‘Road to London 2012’.
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Fatehah Mustapa
#Yayasan Sime Darby
#YSD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.