awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yew Sin-Ee Yi, Soon Huat-Shevon tempah tiket separuh akhir Terbuka Switzerland

Bernama
Bernama
25/03/2023
06:11 MYT
Yew Sin-Ee Yi, Soon Huat-Shevon tempah tiket separuh akhir Terbuka Switzerland
Yew Sin-Ee Yii mara setelah tewas set pertama 16-21, sebelum bangkit mencatat kemenangan 21-12, 21-19 ke atas gandingan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terus membawa harapan Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland 2023 di Basel selepas dua lagi wakil negara tersingkir dalam aksi suku akhir awal pagi tadi.
Yew Sin-Ee Yii mara ke separuh akhir acara beregu lelaki, setelah tewas set pertama 16-21 sebelum bangkit mencatat kemenangan 21-12, 21-19 ke atas gandingan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana pada pertembungan di St Jakobshalle itu.
Yew Sin-Ee Yii selaku pilihan ketiga kejohanan, akan bertemu pilihan kedua kejohanan dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di separuh akhir yang akan berlangsung malam ini.
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menepati ramalan mengiringi kemaraan itu bagi acara beregu campuran selepas menundukkan wakil Thailand Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran 21-18, 21-18 dalam pertembungan selama 36 minit.
Menanti Soon Huat-Shevon di separuh akhir, beregu Belanda Robin Tabeling-Selena Piek yang menewaskan satu lagi beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 21-19, 19-21, 21-19.
Nasib turut tidak menyebelahi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong apabila terpaksa menarik diri di set kedua perlawanan berikutan kecederaan, selepas tewas set pertama 11-21 di tangan pilihan ketiga kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Semalam, pemain profesional perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia turut mengesahkan slot separuh akhir selepas menewaskan Lee Chia Hao dari Taiwan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badminton Terbuka Switzerland
#Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
#beregu malaysia
#Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan