SUKAN
Young Tigers tiga terbaik hoki Piala Asia B-18

Skuad Young Tigers menamatkan kempen Piala Asia B-18 2025 di kedudukan ketiga terbaik pada Ahad. - Foto Asian Hockey Federation
SKUAD hoki lelaki Bawah 18 (B-18) tahun negara menamatkan kempen Piala Asia B-18 2025 dengan bergaya apabila menewaskan Bangladesh 5-2 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Pusat Latihan Hoki Nasional Dazhou, China pada Ahad.
Ringkasan AI
- Malaysia Raih Tempat Ketiga Piala Asia B-18 2025: Skuad muda negara menewaskan Bangladesh 5-2 di Dazhou, China, dengan aksi bertenaga dan jaringan padang yang konsisten sepanjang perlawanan.
- Aksi Cemerlang Pemain Muda: Penjaring utama termasuk Muhamad Hisyammudin, Rahuul Fazrien (2 gol), Abdul Hamzah Yahkip dan Muhammad Saiful Syahfy, menunjukkan semangat juang tinggi selepas separuh masa pertama yang seimbang.
- Bangkit Selepas Kekecewaan Separuh Akhir: Walaupun gagal ke final selepas tewas kepada Pakistan dalam penentuan penalti, skuad kendalian Mohd Sufian Mohamad menutup kempen dengan prestasi membanggakan dan semangat juang luar biasa.
Kedudukan seimbang 1-1 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama sebelum skuad muda negara kembali garang pada babak kedua.
Minat jaringan kembali memuncak pada minit ke-41 apabila Rahuul Fazrien Muhammad Nazrien menyumbang jaringan padang, namun Bangladesh segera membalas seminit kemudian menerusi Jony Islam.
Malaysia tidak menoleh ke belakang selepas itu apabila Rahuul sekali lagi mencetak nama selaku penjaring buat kali kedua pada minit ke-49, sebelum Abdul Hamzah Yahkip menambah jaringan keempat seminit kemudian.
Jaringan penutup pasukan negara hadir pada minit ke-60 melalui Muhammad Saiful Syahfy Mohd Baddruddin, sekali gus mengesahkan kemenangan 5-2 dan tempat ketiga menjadi milik Malaysia.
Hasrat Young Tigers untuk mara ke perlawanan akhir sebelum ini tidak kesampaian selepas tewas kepada Pakistan menerusi penentuan penalti shoot-out 3-4 pada aksi separuh akhir. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami