awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zainal Abidin harap Penang FC kekalkan disiplin tinggi

Bernama
Bernama
21/07/2022
01:45 MYT
Zainal Abidin harap Penang FC kekalkan disiplin tinggi
Zainal Abidin memuji prestasi dan disiplin yang ditunjukkan Skuad Harimau Kumbang dalam perlawanan menentang JDT walaupun kalah 0-1 di hadapan 6,252 penonton di Stadium Bandaraya malam tadi. - Facebook Penang Football Club
GEORGE TOWN: Pengendali Penang FC Zainal Abidin Hassan mahu mengubah cara berfikir anak buahnya agar terus menunjukkan disiplin yang tinggi dalam perlawanan seterusnya.
"Saya nak tukar mindset mereka agar tidak cuma menunjukkan disiplin yang tinggi apabila menentang pasukan seperti Terengganu FC dan Johor DT (JDT). Mereka kena kekalkan standard walau siapapun pasukan lawan.
"Terdapat sedikit kecuaian yang telah memberi pasukan lawan peluang mendapatkan gol kemenangan, tetapi dari segi semangat bermain ada banyak peningkatan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang JDT malam tadi.
Begitupun, Zainal Abidin memuji prestasi dan disiplin yang ditunjukkan Skuad Harimau Kumbang dalam perlawanan menentang pendahulu Liga Super itu walaupun kalah 0-1 di hadapan 6,252 penonton di Stadium Bandaraya semalam.
Beliau berpendapat sekiranya momentum disiplin boleh dikekalkan dan digandingkan dengan serangan yang lebih tajam pada masa akan datang, beliau yakin pasukan itu boleh pergi lebih jauh.
Penang setakat ini hanya mengumpul tujuh mata selepas mengharungi 11 perlawanan apabila menang sekali, seri empat kali dan tewas enam kali.
Sementara itu, jurulatih kecergasan JDT Jorge Alvarez turut mengucapkan tahniah kepada semua pemain kerana telah menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi dalam perlawanan.
"Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar menentang Pulau Pinang kerana pasukan lawan sentiasa bermain dengan baik di tempat sendiri.
"Separuh masa kedua perlawanan malam tadi kami lebih tersusun berbanding ketika separuh masa pertama kerana pada awalnya kami tidak jelas dengan corak permainan mereka, namun dapat membaca pergerakan lawan selepas itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zainal Abidin Hassan
#Penang FC
#disiplin
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan