awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zainal optimis Pahang mampu tumbangkan Selangor

Bernama
Bernama
03/12/2015
04:06 MYT
Zainal optimis Pahang mampu tumbangkan Selangor
Zainal berkata tidak mustahil bagi Pahang untuk mencatat kemenangan ke atas Selangor pada Ahad ini sekali gus mara ke final Piala Malaysia berdasarkan prestasi yang ditonjolkan para pemain. - Gambar fail
Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan optimis anak buahnya berupaya untuk bangkit pada saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di gelanggang lawan setelah hanya mencatat keputusan seri di Stadium Darul Makmur di sini semalam.
Zainal berkata pasukan kendaliannya memiliki banyak peluang keemasan untuk meledakkan gol tetapi nasib tidak menyebelahi mereka ketika turun menentang Selangor sehingga terikat 0-0 di halaman sendiri.
"Semalam bukan malam kami kerana kami terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol di separuh masa pertama dan kedua.
"Para pemain mempamerkan disiplin yang tinggi dan melaksanakan tugas dengan baik tetapi kami masih tidak dapat menghasilkan gol yang diharapkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu di sini.
Beliau berkata skuad Tok Gajah harus diberi pujian kerana berupaya bertahan dengan baik sambil menyerang dari pelbagai sudut dalam usaha merobek gawang lawan walaupun akhirnya terpaksa akur dengan keputusan seri.
Zainal berkata tidak mustahil bagi Pahang untuk mencatat kemenangan ke atas Selangor pada Ahad ini sekali gus mara ke final Piala Malaysia berdasarkan prestasi yang ditonjolkan para pemain.
"Saya akui ia satu tugas berat apabila bermain di Stadium Shah Alam tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil untuk menang dan Pahang pernah melakukannya dan akan mengulanginya.
"Jadi kini kami perlu menajamkan bahagian serangan dan meningkatkan disiplin dua kali ganda berbanding di Kuantan untuk memastikan kami berjaya melangkah ke pentas final musim ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#shah alam
#Stadium Darul Makmur
#Zainal Abidin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan