awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zaiton Othman bersara sebagai Pesuruhjaya Sukan

Bernama
Bernama
08/03/2019
11:12 MYT
Zaiton Othman bersara sebagai Pesuruhjaya Sukan
Zaiton yang juga bekas atlet olahraga kebangsaan, banyak berjasa dalam arena sukan tanah air. - Gambar fail
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan Datuk Zaiton Othman menamatkan khidmat sebagai Pesuruhjaya Sukan pada Jumaat selepas memegang jawatan itu bermula 1 Feb 2015.
Syed Saddiq berkata Zaiton yang juga bekas atlet olahraga kebangsaan, banyak berjasa dalam arena sukan tanah air ketika bergelar atlet dan juga penjawat awam terutamanya membantu melancarkan pentadbiran sukan untuk kementerian.bekas atlet
"Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Zaiton di atas perkhidmatan beliau sebab hari ini adalah tarikh terakhir beliau berkhidmat dan akan bersara. Beliau melakukan kerja-kerja luar biasa untuk kementerian.
"Selepas ini kementerian perlu mencari pengganti mungkin bekas atlet juga untuk mengendalikan jawatan Pesuruhjaya Sukan," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman venue Piala Dunia FIT Touch kesembilan di Taman Ekuestrian Putrajaya di sini, pada Jumaat.
Zaiton yang akan berusia 60 tahun pada 3 Mei depan, dan berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang adalah jagoan dalam acara heptathlon serta 400 meter pada era kegemilangannya.
Selain itu, bekas atlet negara itu yang pernah diberi jolokan 'wanita besi' adalah pemegang rekod kebangsaan acara heptathlon ketika beraksi pada Sukan SEA Manila 1981.
Beliau dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 1982 dan memenangi tiga pingat emas serta mencipta rekod terbaik Asia dalam acara lari berganti-ganti 4x400m.
Zaiton memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari Universiti Pertanian Malaysia dan Ijazah Sarjana Psikologi Sukan Gunaan dari San Diego State University, California.
Beliau memulakan perkhidmatan di Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai pegawai sukan pada September 1989 dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Psikologi Sukan di Institut Sukan Negara (ISN) dari 1992 hingga 2000 sebelum kembali ke MSN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pesuruhjaya Sukan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#tamat perkhidmatan
#wanita besi
#Zaiton Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan