awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima

Astro Arena
Astro Arena
04/06/2023
22:15 MYT
Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA minggu lalu. - Foto fail/BERNAMA
TIADA istilah gantung but... Ketua pasukan Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Radzak belum mahu mengibarkan bendera putih untuk terus berjuang dalam kariernya walaupun diduga dengan kecederaan ligamen lutut (ACL) buat kali kelima.
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA minggu lalu.
Ia secara tidak langsung memberi bayangan tidak akan bersara dalam masa terdekat, Zaquan ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, redha dengan nasibnya tetapi pada masa sama terharu dengan pengorbanan isteri yang setia menemani biarpun masih dalam pantang bersalin.
"Saya terus nampak gelap, saya rasa sampai sini sahaja (karier) sebab saya pernah alaminya banyak kali.
"ACL adalah kecederaan yang paling ditakuti dalam sukan terutama bola sepak.
"Sakitnya teramat dan tidak dapat digambarkan emosi saya walaupun ia nampak biasa.
"Serta-merta saya tahu sudah mengalami ACL.
"Saya akan tetap dalam bola sepak. Lagipun ramai pernah mengatakan saya pasti akan gantung but tapi tiada dalam senarai saya lagi.
"Saya tidak menyatakan akan bersara cuma selagi saya rasa masih mampu beraksi, maka saya teruskan," katanya di Nadi Weekend. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Zaquan Adha Abdul Radzak
#Zaquan Adha belum rancang bersara
#ACL
#kecederaan ligamen lutut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan