Zaquan Adha sudah dipancing pihak tertentu

Astro Arena
Mac 14, 2024 03:20 MYT
Bagaimanapun, Zaquan Adha (kanan) belum mahu mendedahkan hala tuju dan peranan terbarunya ketika ini. - Foto Astro ARENA
KURANG 24 jam selepas mengumumkan persaraannya dalam karier bola sepak profesional, sudah ada pihak melamar khidmat Zaquan Adha Abdul Radzak.
Menerusi media sosial, Instagram, sebentar tadi, bekas ketua pasukan Harimau Malaya itu yang kecewa kontraknya bersama Negeri Sembilan FC tidak disambung memberi bayangan bahawa dia tidak akan berpeluk tubuh sahaja, sebaliknya sudah mengikat perjanjian dengan pihak tertentu.
Bagaimanapun, Zaquan Adha belum mahu mendedahkan hala tuju dan peranan terbarunya ketika ini.
#Zaquan Adha Abdul Radzak #Negeri Sembilan FC #bersara #Liga Malaysia