awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zidane tidak berminat sertai Man United

Astro Arena
Astro Arena
22/11/2021
22:50 MYT
Zidane tidak berminat sertai Man United
Zidane meninggalkan Madrid pada Mei selepas gagal memenangi LaLiga dan telah dikaitkan dengan pelbagai peranan sejak itu. - Gambar fail REUTERS
JAWATAN pengurus Manchester United kosong selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat pada Ahad.
Solskjaer memimpin United sejak Disember 2018 namun gagal meraih sebarang gelaran, menamatkan saingan di tempat kedua dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Europa musim lalu.
Keadaan semasa membuatkan United terdesak untuk kembali ke zaman kegemilangan mereka dengan pelantikan pengurus seterusnya.
Pemenang Piala Dunia dan bekas ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane tidak berminat dengan jawatan kosong Manchester United, menerusi laporan BBC Sport.
Zidane meninggalkan Madrid pada Mei selepas gagal memenangi LaLiga dan telah dikaitkan dengan pelbagai peranan sejak itu.
United telah menghubungi pemain berusia 49 tahun itu mengenai jawatan kosong mereka tetapi dia tidak berminat dengan jawatan itu pada ketika ini.
Man Utd have approached the former Real Madrid manager but he doesn't want the job.#mufc #bbcfootball
— BBC Sport (@BBCSport) November 22, 2021
Fichajes mendakwa bahawa pengendali sasaran United, Mauricio Pochettino, meletakkan pemain Tottenham, Harry Kane, sebagai pemain yang mahu dibawa masuk jika dia mendapat jawatan Red Devils.
Pengurus Paris Saint-Germain itu merupakan antara yang dikaitkan dengan jawatan kosong itu dan The Telegraph mendakwa Pochettino terbuka untuk berpindah ke Old Trafford pada penghujung musim ini.
Pengurus Ajax, Erik ten Hag, merupakan pilihan kedua United di belakang Pochettino menerusi laporan Sky Sports, manakala The Sun mendakwa Red Devils telah menghubungi Brendan Rodgers.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Ole Gunnar Solskjaer
#Zinedine Zidane
#pengurus Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan