[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
SPORTS

Zii Jia muncul juara BAC 2022

Astro Awani 01/05/2022 | 10:53 MYT
Zii Jia menumpaskan Christie menerusi straight set, 21-17, 23-21. - Foto/ Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama lelaki negara Lee Zii Jia mengungguli Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina dengan menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie sebentar tadi.
Dalam aksi final di Kompleks Sukan Muntinlupa itu, Zii Jia menumpaskan Christie menerusi straight set, 21-17, 23-21.
Kemenangan ini sekali gus menamatkan penantian negara selama enam tahun untuk gelaran di kejuaraan tersebut.
Zii Jia selaku pemain pilihan ketiga kejohanan menempah tiket ke pentas final pada Sabtu selepas menewaskan pemain China Weng Hong Yang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Lee Zii Jia #BAC 2022 #badminton #Malaysia #Indonesia #Jonatan Christie #kejohanan badminton asia