KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia perlu berehat seminggu selepas mengalami kecederaan belakang pada pusingan pertama di Masters Indonesia 2021 semalam.
Jurulatihnya, Hendrawan berkata pihaknya akan memantau keadaan juara All England 2021 itu sebelum memutuskan untuk membenarkan anak buahnya itu menyertai saingan Terbuka Indonesia pada 23 hingga 28 Nov ini.
"Kita akan tengok lagi (Zii Jia) minggu depan kerana masih ada masa buatnya berehat dan rehab. Harap kecederaan Zii Jia bertambah baik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pemain berusia 23 tahun itu memutuskan untuk menarik diri selepas ketinggalan 9-11 dalam perlawanan menentang pemain Denmark Rasmus Gemke pada perlawanan pusingan pertama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, Nusa Dua.
Pemain di ranking ketujuh dunia itu turut menarik diri daripada perlawanan akhir Terbuka Hylo di Jerman pada 7 Nov, berdepan pemain Singapura kelahiran Pulau Pinang Loh Kean Yew ketika perlawanan berkedudukan 21-19, 13-21 dan 12-17.
Zii Jia ketika ditemu bual RTM semalam memaklumkan akan membuat keputusan mengenai penyertaannya di Terbuka Indonesia dan Final BWF Dunia yang dijadual pada 1 hingga 5 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
Aksi pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia ketika menentang pemain perseorangan Perancis, Brice Leverdez pada perlawanan peringkat kumpulan M pada temasya Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza. - Gambar fail/BERNAMA
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.