SUKAN
  
            Zii Jia tempah tiket suku akhir Terbuka Artik 2024
Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
            
      KUALA LUMPUR: Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini.
Pada aksi di Energia Areena, di Vanta, Finland, pemain negara di ranking keempat dunia itu mengambil masa 42 minit sebelum mengetepikan cabaran wakil Jepun di ranking ke-30 dunia 21-11, 21-18.
Perseorangan lelaki berusia 26 tahun itu dijangka berdepan pemenang dari perlawanan antara seorang lagi wakil Jepun Koki Watanabe dan Lu Guang Zu dari China
Turut menempat tiket suku akhir, beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang mengetepikan kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dari Jepun 21-16, 21-16.
Pasangan negara akan berdepan sama ada pilihan keempat dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto atau gandingan Denmark Rasmus Espersen-Christian Faust Kjaer.
Beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin menewaskan pilihan keenam dari Taiwan yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-19, 21-12 untuk melangkah ke suku akhir.
Mereka dijangka berdepan sama ada wakil negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie atau Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.
-- BERNAMA