awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ziyad sumbang emas pertama Malaysia di Solo

Bernama
Bernama
01/08/2022
03:43 MYT
Ziyad sumbang emas pertama Malaysia di Solo
Ini merupakan emas keempat Muhammad Ziyad di APG sejak edisi 2013 di Myanmar. - Bernama
SOLO: Jaguh olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli menepati ramalan apabila beliau menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 hari ini.
Atlet berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga untuk muncul juara acara lontar peluru F20 (masalah intelektual) di Stadium Manahan di sini.
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 dan juara dunia 2013 dan 2017 itu, mengesahkan emas menerusi lontaran sejauh 16.92 meter (m) pada percubaan pertama.
Beliau terus konsisten dengan melakukan 16.80m, 16.88m, 16.63m, 16.78m dan 16.74m pada percubaan seterusnya, sekali gus membuktikan dominasinya dalam acara berkenaan.
Ini merupakan emas keempat Muhammad Ziyad di APG sejak edisi 2013 di Myanmar dan pada edisi sebelum ini di Kuala Lumpur pada 2017 beliau meraih emas dengan lontaran sejauh 16.81m.
Malaysia juga menguasai kedudukan pertama dan kedua acara itu apabila Mohamad Aliff Mohamad Awi melengkapkan hatrik pingat perak dengan catatan 13.46m.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Ziyad Zolkefli
#lontar peluru
#Sukan Para ASEAN
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan