awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zlatan mulakan proses pemulihan lutut

Astro Arena
Astro Arena
02/05/2017
02:43 MYT
Zlatan mulakan proses pemulihan lutut
Zlatan menerima rawatan selepas mengalami kecederaan. - Foto Reuters/Andrew Yates Livepic
BINTANG Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, selesai menjalani pembedahan lutut dan akan pulih sepenuhnya, menurut ejennya.
Ibrahimovic, 35, mengalami kecederaan itu dalam perlawanan Liga Europa menentang Anderlecht, bulan lalu, sehingga mencetuskan kebimbangan ia boleh menamatkan kerjayanya.
Dalam satu kenyataan semalam, ejen Sweden itu, Mino Raiola, berkata prosedur itu telah berjaya.
"Zlatan Ibrahimovic telah selamat menjalani pembedahan lutut," menurut kenyataan itu.
"Dia akan pulih sepenuhnya dan tidak mengalami kecederaan yang mengakhiri kerjayanya.
"Prosedur ini dilakukan oleh doktor Freddie Fu dan Volker Musahl daripada Program Perubatan Sukan UPMC di Pittsburgh.
"Zlatan telah memulakan proses pemulihan di UPMC dan akan kekal di bawah jagaan Dr. Fu dan Dr. Musahl sepanjang pemulihannya."
Ibrahimovic menonjol dalam musim pertamanya di United dengan menjaringkan 28 gol dalam semua pertandingan untuk menutup mulut pengkritiknya.
United menghuni tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bakal mengharungi aksi separuh akhir Liga Europa menentang Celta Vigo, awal pagi Jumaat ini.
Topic Berkaitan
#EPL
#Freddie FU
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester United
#Mino Raiola
#Sweden
#Volker Musahi
#Zlatan Ibrahimovic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan