awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zulfadli, beregu campuran mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis

Bernama
Bernama
27/10/2016
03:24 MYT
Zulfadli, beregu campuran mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis
Zulfadli, yang kini berada di ranking ke-33 dunia, mempamerkan aksi cemerlang untuk menewaskan Huang Yuxiang dari China. - Foto Bernama
Pemain perseorangan lelaki negara, Zulfadli Zulkiffli dan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Perancis, yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, Paris.
Dalam pertembungan pada awal hari ini, Zulfadli, yang kini berada di ranking ke-33 dunia, mempamerkan aksi cemerlang untuk menewaskan Huang Yuxiang dari China 24-22, 12-21 dan 22-20 dalam masa sejam 13 minit.
Beliau dijadual bertemu Son Wan Ho dari Korea Selatan dalam saingan kedua hari ini (5.45 pm waktu tempatan), selepas pemain pilihan keenam kejohanan itu mengalahkan Lin Yu Hsien dari Taiwan, 21-19 dan 21-14.
Sementara itu, gandingan Kian Meng-Pei Jing pula akan bertemu pasangan pilihan kedua dari Indonesia, Praveen Jordan-Debby Susanto.
Kian Meng-Pei Jing mengetepikan beregu dari England, Ben Lane-Jessica Pugh 21-19 dan 21-16 dalam pusingan pertama pada Selasa.
Wakil negara bagi acara perseorangan iaitu pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, pemain perseorangan kedua negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan pemain profesional negara, Chong Wei Feng bagaimanapun gagal mara ke pusingan kedua selepas tewas kepada lawan masing-masing, malam tadi. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Tan Kian Meng-Lai Pei Jing
#Terbuka Perancis
#Zulfadli Zulkiffli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan