Pemain perseorangan lelaki negara Zulfadli Zulkiffli tidak berminat menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan lebih selesa meneruskan program latihan dikendalikan bapanya, Zulkiffli Sidek.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata perkara itu dimaklumkan oleh Zulkiffli pada Ahad lepas, selepas perbincangan bersama Zulfadli dan bapanya selaku jurulatih, dijalankan Khamis lepas.
"Bapanya yang mewakili Zulfadli menghubungi saya memaklumkan pada masa ini, beliau tidak dapat menerima cadangan itu (menyertai BAM). Beliau memohon maaf kerana ketika ini, telah mempunyai program latihan khusus untuk Zulfadli melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.
"Buat sementara, dia (bapanya) berpandangan bahawa biarlah Zulfadli meneruskan program yang disusun...sudah separuh jalan, untuk melayakkan diri ke Rio," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Ahmad Shapawi berkata MSN menerima secara terbuka keputusan itu, dan tidak akan mengadakan sebarang perbincangan lanjut, sama ada dengan pihak Zulfadli mahupun BAM berhubung perkara berkenaan.
Zulfadli, 22, yang berada di ranking ke-36 dunia, bergerak secara sendirian tanpa bernaung di bawah BAM, mempamerkan aksi meyakinkan pada penampilan di Kejohanan Badminton Dunia 2015 di Jakarta pada Ogos lepas, apabila menyingkirkan pemain nombor enam dunia, Chow Tien Chendari dari Taiwan pada pusingan pertama kejohanan itu.
Juara remaja dunia 2011 itu, kemudian menewaskan lawannya dari Ireland, Scott Evans pada pusingan kedua sebelum tewas pada pusingan ketiga di tangan Wei Nan dari Hong Kong.
Berikutan itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mencadangkan agar Zulfadli mempertimbangkan cadangan menyertai BAM agar bakatnya dapat dikembangkan dengan lebih terancang.
Cadangan itu turut disuarakan oleh jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei dan bekas jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek yang melihat bakat pemain itu boleh dikembangkan sekiranya dia bersama BAM, yang memiliki kemudahan latihan sempurna, selain dapat menyediakan rakan pelatih kepada Zulfadli.
MSN kemudian mengambil inisiatif bertemu Zulfadli dan bapanya untuk membincangkan cadangan berkenaan.
Mengulas lanjut, Ahmad Shapawi berkata pada pertemuan itu, Zulfadli dan bapanya diberikan penjelasan mengenai program latihan yang disediakan di MSN, BAM serta Institut Sukan Negara (ISN) dan mereka meminta untuk diberikan masa sehingga Ahad lepas, untuk mempertimbangkan perkara itu.
"MSN bukan mahu campur tangan dalam hal BAM dan Zulfadli. Sebagai pihak yang prihatin dengan cadangan dizahirkan oleh banyak pihak, tidak salah untuk MSN cuba mendengar pandangan Zulfadli.
"Perbincangan lanjut hanya akan diteruskan dengan BAM jika Zulfadli berminat. Ini bukan proses di mana kita mahu campur tangan, tapi prosedur biasa yang selalu kita buat dengan sukan-sukan lain jika berkeperluan," katanya.
Sementara itu, Ahmad Shapawi berkata MSN tidak akan membiayai program latihan Zulfadli kerana MSN hanya bekerjasama dengan persatuan sukan untuk sebarang aktiviti atau program latihan atlet di bawah naungan mereka.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bersama Persatuan Sukan Kebangsaan, berkata pada masa ini juga, BAM masih belum menyenaraikan nama Zulfadli dalam program untuk Sukan SEA 2017.
Astro Arena
Mon Sep 07 2015
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata perkara itu dimaklumkan oleh bapa Zulfadli pada Ahad lepas. - Gambar Fail
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Ahmad Shapawi keluar dari persaraan, rebut jawatan Presiden MPM
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail keluar dari persaraan apabila bakal merebut kerusi nombor satu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.
MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.
Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.
Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.