awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adobe Photoshop uji ciri suntingan bersama

Amanz
Amanz
15/01/2025
06:10 MYT
Adobe Photoshop uji ciri suntingan bersama
Adobe sedang menguji ciri baharu pada Photoshop, dinamakan Live Co-Editing, yang membolehkan penyuntingan bersama secara serentak. -Amanz
ADA kalanya ketika melakukan penyuntingan gambar, anda perlukan sentuhan beberapa penyunting grafik untuk memastikan hasil akhir yang cantik dan kemas.

Ringkasan AI
  • Adobe sedang menguji ciri baharu pada Photoshop, dinamakan Live Co-Editing, yang membolehkan penyuntingan bersama secara serentak.
  • Ciri ini berfungsi seperti Google Docs, di mana anda boleh melihat tindakan penyunting lain secara langsung.
  • Adobe sedang mengumpul maklum balas sebelum memperkenalkan ciri ini secara meluas, dan pengguna boleh mendaftar minat untuk mencubanya.

Ini kebiasaannya memerlukan sesuatu fail dikongsikan secara manual atau melalui penggunaan perkhidmatan awanan yang terbina pada Adobe.
Kini, dalam usaha memudahkannya lagi, Adobe mengumumkan mereka sedang menguji sebuah ciri baharu pada Photoshop, dinamakan Live Co-Editing.
Seperti namanya, ia membolehkan anda berhubung dengan beberapa penyunting lain dan melakukan penyuntingan bersama secara serentak pada waktu yang sama.
Secara kasar, ia akan berfungsi seperti Google Docs, di mana anda boleh melihat apa yang sedang dilakukan orang lain, termasuk nama mereka dan bahagian yang sedang mereka sunting.
Adobe mengatakan ini akan memudahkan sejumlah perkara, termasuk dari segi pekerjaan, pembelajaran, dan pengajaran.
Buat masa ini, Adobe dalam fasa ujian untuk ciri ini dan ingin mendapatkan maklum balas terlebih dahulu sebelum memperkenalkannya secara meluas.
Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar minat untuk mencuba ciri Live Co-Editing pada Adobe Photoshop hari ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Live Co-Editing
#suntingan bersama
#Photoshop
#Adobe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan