Skip to main content

Teknologi

AMD bakal bawa FSR 4 ke cip Ryzen APU, sokong lebih banyak peranti

Teknologi FSR membolehkan peningkatan prestasi permainan melalui teknik penskalaan imej dan penjanaan bingkai, sekali gus membantu menghasilkan kadar bingkai yang lebih tinggi serta pengalaman visual yang lebih lancar. -Foto Amanz
Teknologi FSR membolehkan peningkatan prestasi permainan melalui teknik penskalaan imej dan penjanaan bingkai, sekali gus membantu menghasilkan kadar bingkai yang lebih tinggi serta pengalaman visual yang lebih lancar. -Foto Amanz

Advertisement

Ringkasan AI

  • AMD mengesahkan teknologi Fidelity Super Resolution 4 (FSR 4) akan diperluaskan kepada platform unit pemprosesan dipercepat (APU) syarikat itu dalam masa terdekat.
  • FSR 4 sebelum ini hanya tersedia pada siri kad grafik desktop AMD Radeon RX 9000 dan beberapa model Radeon RX 7000 terpilih.
  • Sokongan FSR 4 dijangka diperkenalkan kepada barisan APU AMD Ryzen Z2, Z2 Extreme dan 8000G menjelang penghujung tahun ini.

SANTA CLARA: AMD mengesahkan teknologi Fidelity Super Resolution 4 (FSR 4) akan diperluaskan kepada platform unit pemprosesan dipercepat (APU) syarikat itu dalam masa terdekat.

Teknologi FSR membolehkan peningkatan prestasi permainan melalui teknik penskalaan imej dan penjanaan bingkai, sekali gus membantu menghasilkan kadar bingkai yang lebih tinggi serta pengalaman visual yang lebih lancar.

Sebelum ini, FSR 4 terhad kepada siri kad grafik desktop AMD Radeon RX 9000 dan beberapa model Radeon RX 7000 yang disokong.

Menurut laporan Amanz yang memetik laman teknologi Korea Selatan, The Elec, peluasan itu didedahkan oleh Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Kumpulan Perkomputeran dan Grafik AMD, Jack Huynh.

Beliau berkata teknologi berkenaan akan dibawa ke cip APU yang menggabungkan unit pemprosesan pusat (CPU) AMD Ryzen dan grafik berasaskan seni bina RDNA 3.5 dalam satu pakej.

Antara produk yang dijangka menerima sokongan tersebut ialah siri AMD Ryzen Z2, Ryzen Z2 Extreme dan Ryzen 8000G.

Beliau berkata AMD menjangka sokongan FSR 4 akan diperkenalkan kepada barisan APU berkenaan menjelang penghujung tahun ini, sekali gus mendahului peluasan sokongan kepada siri kad grafik AMD Radeon RX 6000.

Menurut beliau, syarikat itu juga akan mengumumkan senarai penuh model APU yang layak menerima kemas kini tersebut secara berperingkat.

Langkah itu dijangka membolehkan pengguna terus memanfaatkan perkakasan sedia ada tanpa perlu menaik taraf komputer atau peranti permainan masing-masing dalam tempoh terdekat.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah teknologi AMD Fidelity Super Resolution 4 (FSR 4)? 
    A: FSR 4 ialah teknologi yang meningkatkan prestasi permainan melalui teknik penskalaan imej dan penjanaan bingkai, menghasilkan kadar bingkai lebih tinggi dan pengalaman visual lebih lancar.
  • Q: Platform manakah yang akan menerima peluasan sokongan FSR 4? 
    A: FSR 4 akan diperluaskan kepada platform unit pemprosesan dipercepat (APU) AMD, termasuk cip yang menggabungkan CPU AMD Ryzen dan grafik berasaskan seni bina RDNA 3.5.
  • Q: Bilakah sokongan FSR 4 dijangka diperkenalkan kepada barisan APU AMD? 
    A: Sokongan FSR 4 dijangka diperkenalkan kepada barisan APU AMD menjelang penghujung tahun ini.
  • Q: Apakah produk yang dijangka menerima sokongan FSR 4? 
    A: Produk yang dijangka menerima sokongan FSR 4 ialah siri AMD Ryzen Z2, Ryzen Z2 Extreme dan Ryzen 8000G.
  • Q: Apakah manfaat peluasan FSR 4 kepada pengguna? 
    A: Peluasan FSR 4 membolehkan pengguna memanfaatkan perkakasan sedia ada tanpa perlu menaik taraf komputer atau peranti permainan dalam tempoh terdekat.

Must Watch Video

Advertisement