SYARIKAT teknologi Apple pada Selasa mendedahkan spesifikasi model terbaharu telefon pintar keluarannya "iPhone 13" yang bakal menjadi penanda aras peranti itu bagi syarikat tersebut.
iPhone 13 didatangkan dalam dua versi iaitu versi biasa dengan saiz skrin 6.1 inci dan versi lebih kecil iPhone 13 Mini dengan srin bersaiz 5.4 inci.
Selain iPhone 13 dan iPhone 13 Mini, Apple turut mengetengahkan model iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max.
Skrin model terbaharu ini menggunakan panel OLED yang lebih terang manakala sisinya masih menggunakan aluminium diapit di antara dua kepingan kaca.
iPhone 13 Pro Max dijual pada harga RM5,299 untuk storan 128GB manakala untuk storan 1TB pula pada harga RM7,599.
iPhone 13 Pro pula bermula pada harga RM4,899 untuk 128GB dan mencecah sehingga RM7,199 untuk pilihan storan 1TB dengan pilihan warna Sierra Blue, emas, perak dan graphite.
Pratempahan untuk iPhone 13 dan 13 Mini akan bermula pada 17 September menjelang tarikh pelancaran 24 September.
Tidak banyak perubahan dapat dilihat pada iPhone 13, sebaliknya ia seakan-akan kelihatan model iPhone S lama Apple.
Apple menawarkan beberapa penyempurnaan dan penambahbaikan pada reka bentuk tahun lalu dan bukannya ciri baharu yang ketara.
Tidak seperti iPhone 12 yang menyaksikan perubahan besar pada reka bentuk, iPhone 13 mempunyai penampilan yang sama dengan model tahun lalu, namun hanya dengan ciri 'notch' pengecaman wajah yang lebih kecil sekali gus menggunakan ruangan lebih kecil di bahagian atas telefon pintar tersebut.
Dari segi spesifikasi, iPhone 13 dilengkapi cip A15 Bionic yang didakwa Apple lebih pantas dan lebih cekap kuasa berbanding cip A14 Bionic tahun lalu.
Cip tersebut masih menggunakan 5nm dan CPU 6 teras (dengan dua teras berprestasi tinggi baharu dan empat teras kecekapan tinggi baharu).
Apple menyatakan ia adalah CPU terpantas dalam telefon pintar sehingga 50 peratus lebih baik daripada pesaingnya.
Grafik pada iPhone 13 juga dikatakan 30 peratus lebih pantas daripada pesaingnya.
Melalui teknologi ProMotion, refresh rate untuk iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max boleh ditetapkan pada 120Hz.
Barisan iPhone 13 baharu juga menawarkan jangka hayat bateri yang lebih baik.
iPhone 13 Mini didatangkan dengan jangka hayat bateri 1.5 jam lebih lama daripada iPhone 12 Mini, manakala iPhone 13 dengan jangka hayat bateri 2.5 jam lebih lama daripada iPhone 12 susulan penggunaan cip A15.
Perubahan terbesar sebenarnya terarah kepada teknologi kamera yang diturunkan daripada iPhone 12 Pro Max tahun lalu.
iPhone 13 mendapat kamera yang sama seperti tahun lalu dengan sensor yang lebih besar secara fizikal untuk kelebaran kamera 47 peratus lebih besar daripada tahun lalu, sekali gus membolehkan lebih banyak pencahayaan di persekitaran gelap.
Dengan sokongan LiDAR dan algoritma Apple yang terkini, ia juga mampu mengoptimasikan kualiti gambar dan video seperti menyokong rakaman yang mod malam lebih baik serta rakaman video 4K HDR, Apple ProRes, atau juga Dolby Vision HDR.
Apple juga memperkenalkan "mod sinematik" baharu untuk video serta penambahbaikan lain seperti semua sensor menyokong mod malam, mod makro pada sudut ultra lebar atau juga Photographic Styles.
Apple juga menjanjikan peningkatan prestasi 5G berbanding iPhone 12, dengan lebih banyak sokongan band untuk pengalaman 5G antarabangsa yang lebih baik.
Syarikat itu menjanjikan iPhone akan menyokong 200 syarikat penerbangan di lebih 60 negara dan wilayah pada akhir tahun ini.
Difahamkan iPhone 13 akan mula dibuka untuk pratempahan di Malaysia bermula 1 Oktober ini.
Afiezy Azaman
Wed Sep 15 2021
Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook memegang iPhone 13 Pro Max dan Apple Watch Series 7 pada majlis di Apple Park di Cupertino, California, 14 September 2021. -Reuters
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Apple dilapor hentikan pengeluaran aksesori FineWoven kerana isu kualiti
FineWoven menggantikan aksesori kulit yang dilihat sebagai tidak lestari dan oleh itu tidak selari dengan sasaran syarikat yang ingin mengurangkan impak ke atas alam sekitar.
Apple dilapor sedang bangunkan model bahasa raya untuk peranti
Laporan berkenaan hal ini telah hadir beberapa kali sebelum ini, membuatkan Apple seperti kelihatan agak tertinggal dalam arena berkenaan.
Apple dijangka hadir dengan cip Apple M4 memfokuskan AI tahun ini
Apple dijangka memperkenalkan cip berkenaan pada tahun ini, melalui kemas kini untuk model iMac, MacBook Pro dan juga Mac Mini.
NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
NC4 dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.
Apple, Google lesenkan gambar dan video Shutterstock untuk latih AI
Selain imej dan gambar, lesen ini juga dikatakan turut meliputi pelesenan fail-fail muzik dan juga video.
Apple buang ratusan pekerja sebab projek dibatalkan
Kebanyakannya daripada projek kereta Apple yang dibatalkan, selain disebabkan pertimbangan semula projek pembangunan paparan mikro-LED.
Apple dilapor kaji pembangunan robot bantu tugasan di rumah
Namun, ia dijangka tidak akan dicapai pada dekad ini disebabkan oleh kesukaran pembangunannya.
Pasukan jurutera Apple Vision Pro dilapor beralih ke projek iPhone boleh lipat
Apple dikatakan merancang untuk melancarkan iPhone boleh lipat pada suku pertama tahun 2027.
Apple dijangka lancar iPad Pro, iPad Air baharu pada awal Mei 2024
Kedua-dua siri tablet terbaharu berkenaan dijangka hadir dengan kemas kini pada spesifikasi, dan akan dikuasakan cip Apple M.