Ringkasan AI
- Apple dijangka memperkenalkan MacBook Pro pertama dengan skrin sentuh seawal penghujung Oktober, menandakan perubahan besar dalam barisan komputer ribanya.
- Model MacBook Pro baharu dijangka hadir dengan cip M5 Pro dan M5 Max, skrin OLED sentuh, Dynamic Island, serta reka bentuk lebih nipis.
- iPad Mini generasi baharu turut dijangka diumumkan dengan paparan OLED dan cip A20 Pro, namun Apple belum mengesahkan tarikh pelancaran rasmi.
CUPERTINO: Apple dilapor sedang membuat persiapan untuk memperkenalkan MacBook Pro pertama dengan sokongan skrin sentuh seawal penghujung Oktober ini, sekali gus menandakan antara perubahan terbesar dalam barisan komputer ribanya selepas sekian lama menolak penggunaan teknologi itu.
Selain model MacBook Pro baharu itu, Apple turut dijangka memperkenalkan model iPad Mini generasi baharu dalam satu pengumuman perkakasan yang dilaporkan dijadualkan pada penghujung bulan ini.
Menurut Amanz yang memetik laporan industri, MacBook Pro premium berkenaan dijangka ditawarkan dalam pilihan saiz 14 inci dan 16 inci serta menampilkan reka bentuk baharu yang lebih nipis berbanding model semasa.
Bagi meningkatkan prestasi, komputer riba itu dilaporkan bakal dikuasakan oleh cip Apple M5 Pro dan M5 Max, selain menampilkan skrin OLED dengan sokongan sentuhan serta Dynamic Island menggantikan takuk skrin sedia ada.
Sementara itu, model iPad Mini baharu pula dijangka hadir dengan paparan OLED bagi menggantikan teknologi LCD yang digunakan pada model terdahulu.
Laporan media teknologi turut mendakwa peranti itu bakal menggunakan cip A20 Pro serta menampilkan kamera hadapan yang dialihkan ke bahagian melintang untuk memudahkan panggilan video.
Bagaimanapun, Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi atau mengesahkan tarikh pelancaran bagi produk berkenaan.
Pemerhati industri menjangka Apple akan memberi tumpuan terlebih dahulu kepada acara rumah pintar "Welcome Home" pada 13 Okt sebelum mengumumkan butiran lanjut mengenai barisan Mac dan iPad baharunya dalam beberapa minggu akan datang.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah perubahan utama yang dijangka pada MacBook Pro baharu?
A: MacBook Pro baharu dijangka hadir dengan sokongan skrin sentuh, reka bentuk lebih nipis, cip Apple M5 Pro dan M5 Max, serta skrin OLED dengan Dynamic Island menggantikan takuk sedia ada. - Q: Bilakah Apple dijangka memperkenalkan MacBook Pro dan iPad Mini baharu?
A: Apple dijangka memperkenalkan MacBook Pro dan iPad Mini baharu pada penghujung Oktober ini, namun tiada tarikh rasmi diumumkan setakat ini. - Q: Apakah ciri utama iPad Mini generasi baharu yang dilaporkan?
A: iPad Mini baharu dijangka menggunakan paparan OLED, cip A20 Pro, dan kamera hadapan yang dialihkan ke bahagian melintang untuk memudahkan panggilan video. - Q: Adakah Apple telah mengesahkan pelancaran produk baharu ini?
A: Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi atau mengesahkan tarikh pelancaran bagi produk-produk baharu tersebut. - Q: Apakah fokus utama Apple sebelum pengumuman produk baharu ini?
A: Apple dijangka memberi tumpuan kepada acara rumah pintar "Welcome Home" pada 13 Oktober sebelum mengumumkan butiran lanjut mengenai barisan Mac dan iPad baharu.