awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual

Amanz
Amanz
08/11/2024
04:50 MYT
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Penjualan iPhone 16 di Indonesia dihalang kerana Apple belum memenuhi janji pelaburan bernilai 1.71 trilion rupiah (RM489 juta). -Amanz
APPLE dilapor telah menyerahkan pelan untuk melabur AS$10 juta (RM44 juta) di Indonesia bagi membolehkan siri iPhone 16 dijual di negara tersebut.

Ringkasan AI
  • Apple merancang untuk melabur AS$10 juta (RM44 juta) di kilang pembuatan aksesori dan alat ganti di Bandung.
  • Penjualan iPhone 16 di Indonesia dihalang kerana Apple belum memenuhi janji pelaburan bernilai 1.71 trilion rupiah (RM489 juta).
  • Syarikat asing perlu memenuhi keperluan 40% kandungan tempatan untuk beroperasi di Indonesia, yang turut menjejaskan siri Google Pixel 9.

Penjualan iPhone 16 telah dihalang oleh kerajaan Indonesia bulan lalu kerana Apple tidak memenuhi janji melakukan pelaburan bernilai 1.71 trilion rupiah (~RM 489 juta).
Setakat ini Apple telah melabur sebanyak 1.48 trilion Rupiah (~RM 414 juta) sahaja.
Pelaburan $10 juta yang akan dilakukan adalah pada kilang pembuatan aksesori dan alat ganti untuk peranti Apple di Bandung.
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
Menurut inisiatif Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN) Indonesia, syarikat asing wajib memenuhi keperluan 40% kandungan tempatan untuk beroperasi di dalam negara.
Selain siri iPhone 16, siri Google Pixel 9 juga menerima nasib serupa di Indonesia gara-gara gagal memenuhi keperluan TKDN. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#iPhone 16
#kilang pembuatan aksesori dan alat ganti
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan