Ringkasan AI
- Apple meminta pembekal mengurangkan pengeluaran iPhone 18 Pro dan Pro Max akibat permintaan pasaran lebih rendah daripada jangkaan awal.
- Pengurangan pengeluaran komponen bagi Oktober dianggarkan antara 15 hingga 20 peratus berbanding sasaran asal tahun ini.
- Peningkatan kos cip memori dan harga jualan peranti dipercayai menjejaskan kuasa beli pengguna serta memperlahankan permintaan global.
CUPERTINO: Apple dilapor meminta pembekal komponennya mengurangkan pengeluaran bagi model iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max susulan permintaan pasaran yang lebih rendah daripada jangkaan awal syarikat itu, lapor Amanz.
Menurut laporan rantaian bekalan, Apple mengarahkan pengurangan pengeluaran komponen bagi Oktober antara 15 hingga 20 peratus berbanding sasaran asal untuk tahun ini.
Perkembangan itu dikaitkan dengan permintaan global yang dilihat lebih perlahan berbanding unjuran awal syarikat tersebut.
Penganalisis industri turut mengaitkan keadaan berkenaan dengan peningkatan kos cip memori generasi baharu susulan persaingan dalam pembangunan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di seluruh dunia.
Kenaikan kos itu dipercayai menyumbang kepada harga jualan peranti yang lebih tinggi, sekali gus menjejaskan kuasa beli pengguna.
Data rantaian bekalan industri mudah alih juga menunjukkan permintaan pengguna global mula perlahan sejak akhir Ogos hingga awal Oktober.
Bagaimanapun, pemerhati industri masih belum dapat memastikan sama ada pengguna menangguhkan pembelian siri iPhone 18 Pro kerana menunggu model iPhone boleh lipat yang dilaporkan dikenali sebagai iPhone Duo dan dijangka dibuka untuk tempahan awal pada 16 Oktober, atau disebabkan ketidaktentuan persekitaran ekonomi global.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Apple mengurangkan pengeluaran komponen untuk iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max?
A: Apple mengurangkan pengeluaran kerana permintaan pasaran global yang lebih rendah daripada jangkaan awal syarikat. - Q: Berapakah peratusan pengurangan pengeluaran komponen yang diarahkan oleh Apple?
A: Apple mengarahkan pengurangan pengeluaran komponen antara 15 hingga 20 peratus bagi bulan Oktober berbanding sasaran asal tahun ini. - Q: Apakah faktor yang menyumbang kepada permintaan yang perlahan untuk iPhone 18 Pro?
A: Faktor yang menyumbang termasuk peningkatan kos cip memori generasi baharu akibat persaingan dalam pembangunan infrastruktur AI dan harga jualan peranti yang lebih tinggi, yang menjejaskan kuasa beli pengguna. - Q: Bilakah permintaan pengguna global untuk telefon mudah alih mula perlahan?
A: Permintaan pengguna global mula perlahan sejak akhir Ogos hingga awal Oktober. - Q: Apakah kemungkinan sebab pengguna menangguhkan pembelian siri iPhone 18 Pro?
A: Pemerhati industri belum pasti sama ada pengguna menangguhkan pembelian kerana menunggu model iPhone boleh lipat yang dikenali sebagai iPhone Duo atau disebabkan ketidaktentuan persekitaran ekonomi global.